Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.lé/] | ݢيليق

Definisi : (gélék); tarian ~ tarian dgn gerakan tubuh yg liang-liuk; menggelek 1. berguling, bergolek, berbalik-balik: guli yg sedang ~ itu disekatnya; 2. menggiling, menggilas, menindih sampai pipih (hancur): siapa tahu kalau-kalau dia digelek kereta; 3. menggiling di antara dua belah tapak tangan supaya menjadi bulat (lilin, tanah liat dll), menggentel: lengannya spt lilin digelek; 4. melenggok-lenggokkan atau menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti; tergelek kena gelek, tergilas, terlindas; gelekan 1. gerakan tubuh (punggung dsb) yg liang-liuk, terutamanya ketika menari: penari itu menari dgn ~ yg mempesonakan; 2. perbuatan atau hasil menggelek: ~ eloklah dibuat selepas rumput dipotong;penggelek penggiling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.lé/] | ݢيليق

Definisi : (gélék) Mn; menggelek mengelokkan badan dll utk mengelakkan pukulan dll, mengelak;menggelekkan mengelakkan (diri). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.lé/] | ݢيليق

Definisi : /gélék/; menggelek 1 bergerak dgn berguling atau bergolek: Gulinya terjatuh dan terus ~ ke dlm longkang. 2 melanggar dan menindih dgn benda yg dpt bergolek; menggilas; menggiling: Getah yg sudah beku itu digelek supaya tipis dgn menggunakan mesin. 3 menggolek-golekkan sesuatu supaya menjadi bulat torak bentuknya; menggentel supaya menjadi bulat torak: ~ lilin. 4 menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti; melenggok-lenggokkan badan ketika menari atau berjalan dll. 5 mencondongkan badan ke samping utk mengelakkan pukulan dll. tergelek kena gelek; tergiling; tergilas. penggelek alat yg digunakan utk menggelek; penggiling; penggilas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelek


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
belly-dancern penari gelek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
belly-dancen tarian gelek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
voluptuousadj 1. suggesting sexual pleasure, menggiurkan, mengghairahkan: the ~ movements of the belly-dancer, gelekan penari gelek yg mengghairahkan; a woman with a ~ figure, wanita yg tubuhnya menggiurkan; 2. giving a satisfying feeling of rest and enjoyment, penuh /kenikmatan, kepuasan/: a life of ~ ease, kehidupan yg penuh kenikmatan; ~ comfort, keselesaan yg penuh kepuasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sensual 3. suggesting sexuality, penuh ghairah, mengghairahkan: a ~ woman, seorang wanita yg penuh ghairah; ~ lips, bibir yg penuh ghairah; the ~ belly dance, tarian gelek yg mengghairahkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sinuosity n (fml) 1. sinuous movement, a. (of person) gaya meliuk-liuk: she moved with the ~ of an Egyptian belly dancer, dia melenggangkan badannya dgn gaya meliuk-liuk seorang penari gelek Mesir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
run~ over, a. overflow, melimpah: the water ran over onto the floor, air melimpah ke lantai itu; b. pay a short visit, menengok, menjengah, menjenguk: I just want to ~ over to my mother’s for a minute, saya hendak menengok ibu saya sebentar; ~ over so., (act.) menggelek; (pass.) kena gelek, digelek: he was ~ed over and killed, dia kena gelek dan terbunuh; ~ over st, a. read st through quickly, membaca sst sekali lalu: I’d like to ~ over my notes again before the exam, saya hendak membaca nota-nota saya sekali lalu sebelum peperiksaan itu; b. rehearse st, berlatih + approp v: let’s ~ over the song once more, mari kita berlatih menyanyi lagu itu sekali lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas