Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lén.dong] | ݢليندوڠ

Definisi : (geléndong) sesuatu (drpd kayu, buluh, dll) tempat benang dll digulung, kumparan: ~ filem dibuat drpd logam atau plastik, dan terdapat dlm beberapa saiz dan corak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lén.dong] | ݢليندوڠ

Definisi : (geléndong) Kl kendur, bengkok, tidak lurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lén.dong] | ݢليندوڠ

Definisi : /geléndong/ alat tempat menggulung benang dll. menggelendong menggulung benang dll pd gelendong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelendong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reel-to-reelgelendong ke gelendongPendidikanTiadaProses memindahkan pita atau filem daripada satu gelendong kepada satu gelendong yang lain.
drum dryerpengering gelendongKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengering yang mempunyai gelendong melintang yang berputar dengan stim yang digunakan untuk memanaskan permukaan dinding gelendong daripada bahagian dalam. Suapan yang dikeringkan adalah dalam bentuk buburan yang terlekat pada permukaan luar gelendong yang berputar dan seterusnya dikikis daripada permukaan tersebut dengan menggunakan pengikis.
dofferdoferSosiologiTiada1. Alat untuk menanggalkan gelendong, rasuk atau kumparan benang daripada mesin tenun.,2. Pekerja yang menggantikan gelendong penuh dengan gelendong yang kosong pada mesin tenun.
revolving spool reelkekili gelendong gerakPerikananTiadaKekili yang mempunyai gelendong yang boleh bergerak. Pergerakan kekili ini bergantung pada kekunci antipembalikan, iaitu salah satu bahagian pada kekili gelendong gerak. Gelendongnya boleh dialihkan dan halaju serta arah pusingan gelendong boleh dikawal. Kekili jenis ini biasanya dijual pada harga yang mahal dan boleh dibaiki sekiranya rosak.
drum dryingpengeringan gelendongMakanan dan PemakananMakananKaedah pengeringan makanan berbentuk cecair yang menjadi lapisan nipis melekat di permukaan gelendong berputar yang panas. Lapisan ini perlu dikikis menggunakan alat tajam untuk memisahkannya daripada permukaan gelendong. Contoh makanan yang menggunakan kaedah pengeringan gelendong ialah produk bijirin sarapan pagi.
fixed-spool reelkekili gelendong tetapPerikananTiadaKekili yang mempunyai gelendong yang tidak boleh dialih. Kekili jenis ini biasanya dijual pada harga yang lebih murah dan tidak boleh dibaiki sekiranya rosak. Sinonim serek gelendong tetap.
anti-reverse levertuil antiundurPerikananTiadaTuil kecil yang terdapat pada kekili gelendong tetap. Tuil bertindak untuk menghalang gelendong daripada bergerak ke belakang. Lihat juga kekili gelendong tetap.
sheepfoot rollerpenggelek kaki kambingKejuruteraanKejuruteraan BangunanPenggelek yang digunakan untuk memadat tanah yang mengandungi satu atau lebih gelendong. Di permukaan gelendong terdapat plat keluli yang diunjurkan sepanjang 100 mm dan dikimpalkan pada kgelendong. Penggelek jenis ini dapat menghasilkan pemadatan yang cukup tinggi dan sesuai untuk tanah liat.
hand winchwinc tanganKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat mekanikal yang terdiri daripada gelendong yang dijadikan tempat untuk menggulung kabel yang digunakan untuk mengangkat atau menarik beban. Putaran gelendong ini menghasilkan daya tarikan pada kabel. Gelendong ini diputar dengan engkol yang boleh disambung terus padanya. Alat ini biasanya dilengkapi roda gear sehala dan tuil untuk mengunci beban daripada tergelincir, dan brek untuk mengawal halaju ketika menurunkan beban. Alat ini digunakan untuk menaikkan bot ke atas treler dan juga digunakan pada kapal layar untuk menaikan dan menurunkan layar.
wild reelgelendong bebasKomunikasiTiadaGelendong filem yang telah diselitkan dengan filem lain bagi mewujudkan kesan tertentu dalam sesebuah rancangan.
12345678910...

Kembali ke atas