Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dll), risau: hari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal anaknya yg belum pulang lagi; resah ~ sangat gelisah;menggelisah berlaku (bertindak) gelisah, berada dlm keadaan gelisah: ia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~; menggelisahkan menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah, mencemaskan, merunsingkan: keluarnya Singapura drpd Malaysia ~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;kegelisahan perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenteram hatinya; selalu berasa khuatir; tidak sabar menunggu dsb: Raja dan pengiringnya yg menunggu di luar berasa ~ kerana pemuda itu belum balik-balik lagi. menggelisah berada dlm keadaan gelisah; berasa gelisah: Pak Saleh ~ kerana makanannya belum juga dihantar. menggelisahkan menimbulkan rasa gelisah; menyebabkan berasa gelisah: Tentu ada sesuatu hal yg ~nya. kegelisahan hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelisah

Puisi
 

Bunga dedap lebat di dahan,
     Bila kembang warnanya merah;
Kalau cinta menjerat badan,
     Hati juga selalu gelisah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fidgetyadj resah, gelisah; become ~, /naik, menjadi/ /resah, gelisah/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tear2~ o’s hair, gelisah: she was ~ing her hair out waiting for her boyfriend to turn up, dia gelisah menanti kedatangan teman lelakinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squirm b. feel uncomfortable or nervous, (berasa) sangat gelisah: he ~ed inwardly at the remark, dia sangat gelisah apabila mendengar kata-kata itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overwroughtadj tegang dan gelisah; (of nerves) tegang: she is quite ~ and does not know what she is saying, dia agak tegang dan gelisah, dan tdk tahu apa yg dikatakannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discomfitvt (fml) , (act.) menggelisahkan; (pass.), (berasa) gelisah: he was ~ed by the close questioning, dia berasa gelisah apabila disoal dgn terperinci.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fidgetn 1. (often in pl) state of restlessness, keresahan, kegelisahan; be in a ~, have the ~s, resah, gelisah; get the ~s, menjadi /gelisah, resah/; give so. the ~s, /meresahkan, menggelisahkan/ sso; 2. person who fidgets, (orang yg) /resah, gelisah/: what a ~ you are!, resahnya kamu ini!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
restlessadj 1. unable to be still, dissatisfied, resah, gelisah: the delay made him ~, kelambatan itu membuatnya resah; after six months at home, he became ~ again, and applied for a job, selepas enam bulan duduk di rumah, dia menjadi resah semula dan memohon pekerjaan; 2. (of sea) in a state of constant motion, bergelora; 3. unable to sleep properly, (penuh) /resah, gelisah/: he spent a ~ night worrying over the problem, dia penuh resah sepanjang malam memikirkan masalah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hot~ and bothered, gelisah, resah: there’s no need to get all ~ and bothered over such a small matter, tdk perlu resah ttg perkara yg sebegitu kecil; ~ bath, mandi air panas; ~ favourite, pilihan ramai; be ~ on st, (colloq) a. be interested in st, minat sst: she’s ~ on rock music, dia minat muzik rock; b. be good at st, bagus dlm sst: she’s ~ on maths, dia bagus dlm matematik; ~ tip, panduan yg tepat; /be in, get into/ ~ water, (colloq) mendapat susah: you’ll get into ~water if you’re late again, kamu akan mendapat susah jika kamu datang lambat lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
edgyadj nervous, gelisah, resah, kelesah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bundle(be) a ~ of nerves, resah gelisah, kelesah; go a ~ on, (sl) suka: to go a ~ on horror movies, suka cerita-cerita seram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas