Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lo.joh] | ݢلوجوه

Definisi : 1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh; kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh:~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lo.joh] | ݢلوجوه

Definisi : 1 suka makan banyak-banyak serta dgn gopoh dan kasar laku; lahap: Sungguhpun makanan itu tidak sedap tetapi oleh sebab perut lapar, kami makan juga dgn ~nya. 2 ki cepat-cepat atau gopoh (tidak cermat) dlm melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelojoh

Peribahasa

Umpama anjing makan muntahnya.

Bermaksud :

Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tachyphagiamakan gelojohPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
binge-eating disordergangguan makan gelojohMakanan dan PemakananPemakananGangguan makan yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan bulimia nervosa, tetapi tanpa penyingkiran makanan secara paksa atau tingkah laku tambahan yang lain. Lihat juga bulimia nervosa.
polyphagiapolifagiaGerontologiTiadaPengambilan makanan secara gelojoh dan berlebihan.
splash risesambar ragutPerikananTiadaCara ikan menyambar umpan atau serangga dengan gelojoh sehingga menghasilkan kocakan air yang kuat pada permukaan air dan boleh mengejutkan pemancing apabila umpan diragut ikan.
timid feederpemakan kumat-kamitPerikananTiadaIkan yang mempunyai tabiat memakan makanan secara perlahan-lahan dan tidak gelojoh, serta mempunyai sifat pengecut. Ikan yang mempunyai tabiat seperti ini terdiri daripada jenis herbivor yang memakan daun, rumput atau menapis makanan dari dasar yang berpasir. Ikan ini mempunyai mulut yang kecil, menyebabkannya amat sukar dipancing. Contohnya, ikan telinga gajah.

Kembali ke atas