Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lom.bang] | ݢلومبڠ

Definisi : 1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan ra­dar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter; bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya; bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lom.bang] | ݢلومبڠ

Definisi : 1 gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut, besar ~nya. 2 gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3 gerakan, spt serangan yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ haba gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1 bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2 bergerak atau berlaku berturut-turut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelombang

Puisi
 

Angin barat gelombang timur,
     Ombak memecah di atas tangga;
Tuan di barat kami di timur,
     Panas bersama datang menganga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Besar kapal besar gelombang.

Bermaksud :

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wavelengthn jarak gelombang: the ~ of light, jarak gelombang cahaya; the programme will be broadcast on this ~, rancangan itu akan disiarkan pd jarak gelombang ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shock waven (lit. & fig.) gelombang kejutan: the ~ from the explosion was felt for miles, gelombang kejutan dr letupan itu terasa berbatu-batu jauhnya; the arrest of the stock exchange Chairman sent a ~ through the business world, penangkapan presiden bursa saham itu telah menimbulkan gelombang kejutan dlm dunia perniagaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground swelln 1. heavy rolling sea, /gelombang, alunan ombak/ besar; 2. rapidly developing movement, feeling etc, gelombang: a ~ of opposition was mounting against the government, gelombang penentangan thdp kerajaan semakin meningkat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
medium wavengelombang sederhana: a ~ station, stesen gelombang sederhana.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wavebandn jalur gelombang: the programme can be heard on the long ~, rancangan itu dapat didengar pd jalur gelombang panjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tidal wave2. wave of popular feeling, gelombang: a ~ of popular revulsion, gelombang kebencian rakyat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long waven gelombang panjang: you can tune into this programme on 400 kilohertz ~, anda dapat mengikuti siaran ini melalui gelombang panjang 400 kilohertz.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
microwaven 1. (electromagnetic wave) gelombang mikro, mikrogelombang; 2. also microwave oven, ketuhar gelombang mikro.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
billown 1. large sea wave, gelombang (besar), ombak besar: the huge ~ dashed against the rock, gelombang besar menghempas ke batu; 2. swelling mass, kepulan, gumpalan: ~s of smoke, kepulan-kepulan asap; 3. (poet.) sea, samudera: afloat on the ~s, terapung-apung di samudera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wave6. a sudden increase and spread, naik: I felt a ~ of sympathy on seeing the child’s pitiful plight, saya naik simpati apabila melihat keadaan kanak-kanak yg menyedihkan itu; there was a ~ of panic following the earthquake, orang ramai naik gelabah berikutan gempa bumi itu; 7. a sudden increase in a particular activity or type of behaviour, gelombang: a crime ~, gelombang jenayah; the recent ~s of student riots, gelombang rusuhan pelajar sejak akhir-akhir ini; 8. movement of attackers, immigrants, etc that advance in a body, gelombang, kumpulan: the country was settled by ~s of immigrants from Europe, negeri itu diduduki oleh gelombang pendatang dr Eropah; in ~s, bertubi-tubi: the bombers attacked in ~s, kapal terbang pengebom itu menyerang bertubi-tubi; 9. spell of abnormal weather, gelombang: we are now experiencing a heat ~, kami sedang mengalami gelombang panas sekarang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas