Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lom.bang] | ݢلومبڠ

Definisi : 1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan ra­dar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter; bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya; bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lom.bang] | ݢلومبڠ

Definisi : 1 gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut, besar ~nya. 2 gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3 gerakan, spt serangan yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ haba gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1 bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2 bergerak atau berlaku berturut-turut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelombang

Puisi
 

Angin barat gelombang timur,
     Ombak memecah di atas tangga;
Tuan di barat kami di timur,
     Panas bersama datang menganga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Besar kapal besar gelombang.

Bermaksud :

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya sue ei sedang belajar bahasa malayu daser university fatoni ingin bertang Apekah makna gelombang terima kasihGelombang mempunyai banyak maksud, untuk maklumat lanjut rujuk gelombang">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gelombang. Tuan boleh menggunakan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan dalam ruangan carian spesifik tulis perkataan yang hendak dicari maknanya.Makna03.11.2015
Ayat mana satukah betul? " Kawalan rantaian jangkitan terlalu lemah di Amerika Syarikat sehingga/hingga menyebabkan berlaku gelombang kedua." Adakah gelombang ketiga dikira had atau tidak tetap hadnya? Jadi "hingga" atau "sehingga" yang tepat.Kata "hingga" dan "sehingga" boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa05.12.2020
Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21,dunia menyaksikan iktisad negara membangun bagaikan tenggelam cendawan tumbuh selepas hujan .Negara yang pesat membangun bagaikan tenggelam sama bangsa timbul sama hanyut seiring menjadi blok kapitalis yang lain.Meniti utaian isi,ebanyakan manusia memerlukan banyak maklumat untuk menyiapkan sesuatu perkara atau kerja rumah dalam kehidupan seharian.Jika dilihat dari perspektif lain, wahana Internet boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang berkesan dalam lapisan masyarakat di Malaysia.Wahana Internet sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian.Hal ini dikatakan demikian kerana wahana Internet ialah memberikan pelbagai maklumat yang sihat kepada kita . Saya nak tahu akan ayat semua ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasihKami tidak dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan dalam perenggan. Oleh itu, pembetulan tatabahasa sukar untuk dibuat. Mohon puan membetulkan kandungan atau bahan penulisan terlebih dahulu supaya lebih jelas dan dapat difahami.Tatabahasa28.01.2021
Salam sejahtera, saya membuat carian berkenaan dominant wave dalam PRPM kerana saya tidak pasto wave itu membawa maksud gelombang atau ombak. Namun, nampaknya kedua-dua istilah ini dicadangkan dan setahu saya gelombang dan ombak merupakan konsep berbeza. Huraian yang diberikan juga sedikit mengelirukan. Bolehkah saudara cadangkan istilah yang paling tepat daripada kedua-dua istilah ini?Berdasarkan data dalam PRPM, kedua -dua istilah, iaitu ombak dominan dan gelombang dominan ialah padanan bahasa Melayu yang betul untuk "dominant wave". Oleh itu, penggunaan kedua-dua istilah tersebut bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Istilah12.08.2016
Antara masalah besar pelajar sains di Malaysia ini adalah untuk menulis hasil kajian dalam Bahasa Melayu. Laman web DBP tidak terkini dan tidak kemaskini untuk istilah sains yang baru dan terkini. Sebagai contohnya, apakah bahasa melayu untuk Internet-of-thing, drop-casting, reduced graphene oxide, gravitational waves, biocompatibility, dan lain-lain? Ya, memang ada option dalam pertanyaan khidmat nasihat, tetapi ianya mengambil masa juga untuk membalas dan kadang kala ianya bercelaru dengan istilah sebelumnya. Seperti istilah gravitaitonal waves yang diterjemahkan sebagai gelombang graviti. Tetapi gravity wave pula diistilahkan sebagai graviti gelombang. *Seingat saya, sewaktu saya menulis tentang gravitational waves, gelombang graviti dimiliki oleh graviti waves. Sedangkan ianya jenis gelombang. Kadangkala, kami bersama pasukan MajalahSains terpaksa memerah idea sendiri agar istilah tersebut kena dengan mantik dan logiknya. Sebagai contoh, kami menyimpulkan beza gravitational waves dan gravity waves kepada gelombang gravitasi dan gelombang graviti. Selain itu menterjemahkan Reduced Graphene Oxide kepada grafin kurang oksida, biocompatibility kepada keserasian biologi, drop casting kepada teknik salutan titisan (kerana teknik salutan ini daripada titisan), dan internet-of-thing kepada objek rangkaian internet, Diharap, DBP lebih drastik menterjemahkan istilah sains dan bidang ilmu lain yang semakin pantas dan berkembang.Untuk makluman tuan, pembentukan istilah dalam bahasa Melayu diuruskan oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.  Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan istilah bahasa Melayu, sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Istilah17.10.2016
"jiwa lautan" yang melambangkan keadaan gelombang lautan menggunakan gaya bahasa metafora atau personifikasi? Terima kasih!Frasa "jiwa lautan" ialah contoh metafora yang menyatakan sesuatu makna yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan.Sastera08.03.2012
Sila sahkan terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation" Menempuh Gelombang Digital, Menerajui TransformasiKami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2018
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih

 

aduhai remaja

apalah erti dunia remajamu

tika tabir menebarkan sayapnya

di bawah sinaran cahaya bulan

di bawah debar kota

dalam alunan gelombang pura-pura

kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan

dihidu embun jantan

aduhai remaja

kembalilah kau pada seruan wahyu

bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan

memohon keampunan dan restu-Nya

aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu

yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi

tujuilah lorong bercahaya

sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini

 Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.

Lain-lain20.12.2008
Saya ada menghantar soalan pada 13 Mac, tetapi jawapan yang diterima pada 15 Mac tidak tepat. Berikut adalah emel yang saya terima: Salam sejahtera Soalan : Sila sahkan terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation" Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi Jawapan : Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk rujukan lanjut, manfaatkan di alamat www.dbp.gov.my atau prpm.dbp.gov.my

Mohon maaf kami tersilap hantar jawapan untuk soalan lain.

Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi boleh diterima sebagai terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation".
Penyemakan dan penterjemahan19.03.2018
Globalisasi pada abad ke-21 jelas mendesak setiap pemimpin melakukan anjakan paradigma dalam tata cara mengurus sesebuah organisasi. Dunia pendidikan turut tidak terkecuali mengalami tempias gelombang arus globalisasi tersebut. Pada dasarnya, kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung pada kewibawaan pengurusan sekolah. Oleh itu, pengurusan sekolah abad Ke-21 memerlukan guru besar melakukan inovasi untuk memastikan kecemerlangan dan berdaya tahan. Bagi memastikan pengurusan inovasi sekolah terhasil, pengetahuan baru perlu sentiasa dicipta. Penciptaan pengetahuan baru merupakan interaksi antara pengetahuan eksplisit dan pengetahuan tasit yang dimiliki oleh guru besar. Bab ini merumuskan dapatan hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan persoalan kajian yang telah dibina. Perbincangan dapatan berkisar mengenai penggunaan pengetahuan tasit guru besar, penciptaan pengetahuan guru besar, pengurusan inovasi sekolah rendah, dan sumbangan pengetahuan tasit dan penciptaan pengetahuan terhadap pengurusan inovasi sekolah. Bab ini diakhiri dengan mengutarakan beberapa implikasi kajian bagi cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan.Sila jelaskan pertanyaan puan.Lain-lain21.12.2014
123

Kembali ke atas