Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelombang bunyi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIC

Pic ialah ciri bunyi yang ditentukan oleh frekuensi

getaran gelombang bunyi. Bunyi pic tinggi

mempunyai frekuensi yang lebih tinggi

berbanding dengan bunyi pic rendah. Apabila

pemain violin menala alatnya, dia melaraskan

setiap tali supaya ia bergetar pada frekuensi yang

dikehendaki (lihat Bunyi ).

UMUM 
KESAN DOPPLER

Kesan Doppler ialah perubahan frekuensi

gelombang bunyi, cahaya atau radio yang

disebabkan oleh gerakan relatif sumber

gelombang dan pemerhatinya. Contohnya, pic

(frekuensi) wisel kereta api kelihatan lebih tinggi

semasa ia datang dan lebih rendah selepas lalu dan

mula beredar. Nada sebenar wisel kereta api itu

adalah tetap.

UMUM 
KILOHERTZ

Kilohertz ialah unit yang digunakan untuk

mengukur frekuensi pelbagai jenis gegaran

dan gelombang, seperti gelombang radio dan

gelombang bunyi.

UMUM 
MEGAFON

Megafon ialah peranti berongga, berbentuk konyang digunakan untuk menjadikan suara lebih kuat. Seseorang yang menggunakan megafon akan bercakap atau menjerit ke dalam bukaan kecil di satu hujungnya. Suara orang itu keluar dari hujung satu lagi yang lebih besar. Megafon menjadikan suara lebih kuat kerana gelombang bunyi dihalakan dalam satu arah. Megafon panjangnya mungkin sehingga 60 sentimeter atau lebih. Pembesar suara mudah alih yang menggunakan kuasa bateri, dikenali sebagai bullhorn, sering digunakan sebagai

ganti megafon.

UMUM 
TELEFON KUASA-BUNYI

Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi

yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang

bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan

sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan

kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau

talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

tidak mempunyai sumber kuasa luar selain

yang dibekalkan oleh gelombang bunyi.

Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada

jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer.

Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti

bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara

yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

mempunyai kebaikan dari segi daya tahan,

boleh diharap, dan menjimatkan.

UMUM 
MODULASI FREKUENSI

Modulasi frekuensi, biasanya dikenali

sebagai FM, ialah kaedah menghantar isyarat

bunyi melalui gelombang radio. Modulasi

frekuensi dan modulasi amplitud (AM) adalah dua

cara utama memancarkan muzik dan pertuturan.

UMUM 
AERIAL

Aerial atau disebut juga antena, ialah suatu alat

yang memancar dan menerima isyarat radio,

televisyen dan radar. Isyarat ini dibawa oleh

gelombang elektromagnet (lihat Gelombang

elektromagnet ). Gelombang elektromagnet beredar

menerusi angkasa pada kelajuan cahaya.

Gelombang elektromagnet mempunyai jarak

gelombang berbeza-beza, yang ada kaitan terus

dengan frekuensinya (kadar getaran). Stesen radio,

televisyen, dan radar memancar pada panjang

gelombang yang berlainan dan tidak akan

menyebabkan gangguan isyarat antara satu sama

lain. Terdapat dua jenis pancaran bunyi menerusi

stesen radio, iaitu, modulasi amplitud (AM), dan

modulasi frekuensi (FM). Secara amnya, stesen AM

menggunakan panjang gelombang dalam jarak 10

meter hingga 2000 meter, sementara stesen FM dan

televisyen menggunakan jarak gelombang tiga

meter dan kurang. Isyarat radar menggunakan

panjang jarak gelombang yang hanya beberapa

sentimeter panjang.

UMUM 
MIKROFON

Mikrofon ialah sejenis peranti yang menukar

bunyi menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini

bergerak dengan segera melalui wayar atau

gelombang radio kepada penerima yang

disambungkan kepada satu pembesar suara atau alat

lain yang menukarkannya semula kepada bunyi.

Mikrofon yang sering kali dikenali sebagai ‘mike’ juga

digunakan untuk merakam bunyi.

UMUM 
BELAUAN

Belauan, bengkokan dan perebakan gelombang seperti air, bunyi atau cahaya apabila melalui suatu halangan atau bukaan.

FIZIKProses/Tindak Balas
ALAT MAIN PIRING HITAM

Alat main piring hitam ialah peranti yang

mengeluarkan semula bunyi yang telah dirakamkan

pada piring hitam. Alat main piring hitam juga

dikenali sebagai gramofon atau peti nyanyi . Alat ini

digunakan secara meluas bagi memainkan muzik

rakaman untuk didengar dan ditarikan. Di samping

muzik, orang ramai turut mendengar piring hitam

untuk persembahan drama, pembacaan puisi, dan

ucapan. Kebanyakan stesen radio menggunakan

alat main piring hitam bermutu tinggi untuk

memainkan piring hitam bagi siaran menerusi

gelombang udara.

UMUM 

Kembali ke atas