Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ma] | ݢما

Definisi : 1. bunyi yg berbalik, gaung, kumandang: kelawar tidak boleh melihat dlm gelap, tetapi ia membuat suara-suara, dan ~ suara-suara inilah yg menyebabkan ia tidak terlanggar pd apa-apa; 2. ki kejadian sbg akibat suatu kejadian lain: ~ drpd ceramah Profesor Teeuw tempoh hari masih belum habis lagi; bergema, menggema bergaung, berkumandang, bertalun: suara radio ~ di dlm ruangan itu; menggemai membuat gema pd: suara azan ~ seluruh daerah itu; menggemakan menjadikan bergema. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ma] | ݢما

Definisi : bunyi yg berbalik; gaung. bergema berbunyi berulang-ulang atau bertalu-talu; berkumandang; bergaung: Pd saat itu juga, suara Bilal ~ di udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gema


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata 'gema' dan' kumandang' beri penjelasan penggunaan ikut tempat/situasi. Bolehkah ayat ini untuk kumandang; 'suara berkumandang di dalam gua'Perkataan gema dan kumandang sama maknanya, iaitu bunyi atau suara yang berbalik; berdasarkan makna tersebut perkataan kumandang dan gema boleh saling digunakan dalam ayat tetapi lazimnya kita bercakap: suara itu bergema di dalam gua, dan azan berkemundang di udara.Tatabahasa06.07.2010
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat yang mana betul. 1. Tahukah anda gema berlaku akibat pantulan bunyi? 2. Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi? Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut, minta tuan/puan terangkan penggunaan bahawa dalam sesuatu ayat. Terima kasih.Dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bagaimana gema berlaku? dan dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi.Tatabahasa02.07.2012
GEMA RAMADHAN CITARASA MUHIBAH, 24 JUN 2015 - 14 JULAI 2015, TAWARAN HEBAT SEBELUM 24 JUN 2015, DEWASA: RM78.00 / KANAK-KANAK: RM38.00, DENGAN SYARAT-SYARAT, SILA HUBUNGI TALIAN UNTUK PERTANYAAN:- 03-51217188/03-51216412/017-2689908Sila buat pembetulan: Gema Ramadan Cita Rasa Muhibah. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain09.06.2015
mohon penjelasan maksud inflakasta. Untuk makluman tuan, perkataan ini merupakan tajuk drama dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, teks baharu KOMSAS tingkatan 2.Berdasarkan sumber rujukan kami, tiada perkataan atau huraian yang berkaitan dengan perkataan inflakasta. Kami akan membuat rujukan lanjut dan meng-e-mel jawapannya nanti kepada pihak saudara.Sastera19.01.2011
Nyah engkau dari sini …! Ayat ini menggunakan elipsis sebelum tanda seru untuk menunjukkan penegasan, kepanjangan atau gema. Adakah DBP menerima gaya ini?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Nyah engkau dari sini!". Penggunaan elipsis lazimnya digunakan dalam ayat penyata bagi menyebut sebahagian sahaja daripada petikan, manakala ayat seru lazimnya tidak panjang (tidak perlu tanda elipsis) dan senafas.Lain-lain13.01.2013
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasihKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut:

ber- (be-, bel-)
awalan

1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan;

2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji;

3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan;

4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur;


Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana.
Lain-lain24.06.2021
saya berharap pertandingan sajak dapat digiatkan semula.saya adalah pelajar smskt yang berminat dalam bidang sastera khususnya dalam bidang puisi sajak.diharapkan agar ada pihak tertentu dapat memberi perhatian ke atas cadangan saya ini.contohnya kalau di kelantan dulu,,pihak GEMA (gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan )mengadakan pertandingan sajak pada setiap bulan september bagi aktiviti bulan bahasa dan sastera negara(BBSN).Dalam hal ini, sdr. boleh berhubung dengan pejabat kebudayaan negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. bagi mendapatkan maklumat tersebut. Difahamkan pada bulan Ogos ini, pertandingan deklamasi puisi peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW)  dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) akan diadakan. Sdr sdr. boleh menghubungi talian 03-26127600 (KPKKW) atau 03-21442412 (GAPENA) bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang peraduan ini. Selamat berjaya! Terima kasih dan salam.  Lain-lain01.05.2008

Kembali ke atas