Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ma] | ݢما

Definisi : 1. bunyi yg berbalik, gaung, kumandang: kelawar tidak boleh melihat dlm gelap, tetapi ia membuat suara-suara, dan ~ suara-suara inilah yg menyebabkan ia tidak terlanggar pd apa-apa; 2. ki kejadian sbg akibat suatu kejadian lain: ~ drpd ceramah Profesor Teeuw tempoh hari masih belum habis lagi; bergema, menggema bergaung, berkumandang, bertalun: suara radio ~ di dlm ruangan itu; menggemai membuat gema pd: suara azan ~ seluruh daerah itu; menggemakan menjadikan bergema. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ma] | ݢما

Definisi : bunyi yg berbalik; gaung. bergema berbunyi berulang-ulang atau bertalu-talu; berkumandang; bergaung: Pd saat itu juga, suara Bilal ~ di udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gema


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lightning echogema kilatSainsHidrometeorologiSejenis kilat yang terhasil daripada penambahan kebolehpantulan radar berkaitan dengan turus gas terion yang terdi akibat luahan kilat. Jangka masa biasanya adalah dalam lingkungan 0.25 saat. Gema radar daripada kilat boleh dicerap sama ada pada petunjuk modul amplitud atau petunjuk modul keamatan. Pada petunjuk modul amplitud gema radar wujud sebagai gema kuat mendadak atau kumpulan gema yang naik ke atas dari gema kerpasan yang berkaitan dengannya.
flutter echogema debaranFizikAkustikGema berganda yang pantulannya berturutan dengan cepat.
sweep delaytunda sapuanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKawalan litar elektronik pada alat ultrasonik gema denyut yang berfungsi untuk melaraskan pergerakan isyarat gema pada paksi mendatar. Pelarasan perlu dilakukan bagi tujuan tentukuran untuk membolehkan isyarat gema bergerak dari satu posisi ke satu posisi yang lain di atas skrin alat ultrasonik.
echo chamberruang gemaPendidikanTiadaTempat mewujudkan gema dalam penerbitan audio/video.
back echogema belakangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGema yang terhasil apabila gelombang bunyi dipantulkan daripada permukaan belakang ke permukaan atas bahan uji.
reverberation unitunit gemaKejuruteraanTiadaLitar atau peranti yang menambahkan gema buatan kepada bunyi yang sedang dihasilkan semula atau disiarkan.
echo suppressorpenindas gemaAeroangkasaTiadaPeranti elektronik yang melemahkan kesan gema bagi rangkaian telefon satelit.
echo versepuisi gemaKesusasteraanTiadaSebuah puisi yang suku kata penutup barisnya diulang sebagai gema pada baris berikutnya.
echo soundingpemeruman gemaSejarahTiadaKaedah pengukuran dalam laut khususnya laut dalam dengan menggunakan gema.
echo levelaras gemaFizikAkustikAras yang dirumuskan sebagai. E = 10 log10 (E = aras gema dalam desibel (dB); Ie = keamatan isyarat bunyi yang terpantul; Ir = keamatan isyarat rujukan)
12345678910...

Kembali ke atas