Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mar] | ݢمر

Definisi : suka benar (berbuat sesuatu): ia ~ berenang; bergemar bergembira, bersuka ria; menggemari menyukai benar akan: hikayat ini sangat laku kerana digemari orang; menggemarkan menggembirakan, menyu­kakan hati; kegemaran kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan; penggemar orang yg menggemari, peminat: memang sudah biasa majalah itu menyiarkan gambar dan kisah ~-~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mar] | ݢمر

Definisi : suka benar (akan): Saya ~ minum susu. menggemari berasa suka benar akan; menyukai: Mereka ~ syair Siti Zubaidah. kegemaran apa-apa yg digemari atau disukai; kesukaan: ~ nenek moyang kita pd zaman lampau ialah membaca syair. penggemar orang yg menggemari: Dia ~ lagu-lagu Melayu asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemar

Peribahasa

Bunga dipetik,
     perdu ditendang.

Bermaksud :

Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Gemar berhitung IIW. Versluys (N.V.)Tiada1950 
Si kancil gemar mengutilIna Menatari anugerah PromindoTiada1996 
Mistri rahasia hantu yang gemar musik Tiada19790201127296

Kembali ke atas