Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mar] | ݢمر

Definisi : suka benar (berbuat sesuatu): ia ~ berenang; bergemar bergembira, bersuka ria; menggemari menyukai benar akan: hikayat ini sangat laku kerana digemari orang; menggemarkan menggembirakan, menyu­kakan hati; kegemaran kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan; penggemar orang yg menggemari, peminat: memang sudah biasa majalah itu menyiarkan gambar dan kisah ~-~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mar] | ݢمر

Definisi : suka benar (akan): Saya ~ minum susu. menggemari berasa suka benar akan; menyukai: Mereka ~ syair Siti Zubaidah. kegemaran apa-apa yg digemari atau disukai; kesukaan: ~ nenek moyang kita pd zaman lampau ialah membaca syair. penggemar orang yg menggemari: Dia ~ lagu-lagu Melayu asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemar

Peribahasa

Bunga dipetik,
     perdu ditendang.

Bermaksud :

Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gemar bacaan ringan dan gosipRuhaidini Abd. KadirMingguan Malaysia10.05.1998
Gemar berkarya pada malam heningDamanfirdausUtusan Malaysia30.07.1994
Gemar, berminat, cenderung dan asyikNik Safiah KarimBerita Harian12.08.2002
Gemar berkarya di waktu sunyiAkhbar:  Bacaria13.11.2002
Penonton gemar watak hantu cantikTiadaKosmo16.02.2007
Muhiddin gemar tema kemasyarakatan dalam karyanyaRusdi AwangBorneo Mail30.07.1995
Remaja gemar alihsuara filemTiadaMingguan Malaysia21.10.1984
Tidak gemar dengan perkataan 'aku'Nik A. AzizUtusan Malaysia27.01.1998
Nabi gemar mendengar bacaan syairJ. M. AzizBerita Harian30.09.1975
Megat gemar membacaTiadaUtusan Malaysia27.10.1986
123456

Kembali ke atas