great barracuda | alu-alu | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Sphyraenidae, genus Sphyraena yang berhabitat di dalam air masin. Ikan alu-alu dewasa gemar berenang dalam kumpulan yang besar di kawasan terumbu laut, manakala yang bersaiz kecil pula gemar berenang di kawasan pantai, dan memasuki sungai serta lagun. Ikan ini daripada jenis pemangsa yang memakan sotong dan ikan kecil. Ikan ini sangat agresif dan dikategorikan sebagai ikan rekreasi. Masa terbaik untuk memancing ikan ini ialah pada musim bertelur di kawasan muara sungai kerana ikan alu-alu akan menuju ke kawasan tersebut untuk bertelur dan makan dalam jumlah yang lebih banyak daripada biasa. Sinonim kacang-kacang. |
hit | gemar ramai | Komunikasi | Tiada | Tiada |
wanderlust | gemar merantau | Pelancongan | Tiada | Keinginan individu untuk mengembara tanpa menetapkan destinasi yang dituju dan tidak terhad pada masa tertentu. |
lee current | arus teduh | Perikanan | Tiada | Arus di bahagian permukaan air tenang atau arus lemah yang bersebelahan dengan arus permukaan air berkocak atau air deras. Kebanyakan ikan gemar bermain di antara sempadan air tenang dengan air berkocak kerana kawasan ini mempunyai banyak sumber makanan. Pemancing gemar memancing di kawasan arus teduh kerana umpan bulu kering mudah digunakan di kawasan ini bagi memancing ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut, seperti ikan kaloi. |
wanderlust tourism | pelancongan gemar merantau | Pelancongan | Tiada | Pelancongan yang bercirikan keinginan untuk mengembara, tanpa had masa dan destinasi yang dituju. |
mancinism | kepengirian | Perubatan | Tiada | Gemar atau cenderung untuk menggunakan tangan kiri apabila melakukan sesuatu. |
lyophilic | liofilik | Farmasi | Farmaseutik | Sifat sesuatu bahan yang gemar berada dalam sesuatu pelarut. Ampaian yang liofilik ialah ampaian yang menunjukkan keadaan afiniti yang tinggi antara fasa tersebar dengan fasa penyebar, yang menyumbang kepada kestabilan ampaian. |
hard tourist | pelancong utama | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang kerap dilakukan pelancong lain atau mengunjungi tempat yang kerap dilawati pelancong lain. |
lyophobic | liofobik | Farmasi | Farmaseutik | Sifat sesuatu bahan yang tidak gemar berada dalam sesuatu pelarut. Ampaian yang liofobik ialah ampaian yang menunjukkan keadaan afiniti yang rendah antara fasa tersebar dengan fasa penyebar. |
book worm | kutu buku | Kesusasteraan | Tiada | 2. Orang yang sangat gemar membaca buku. |