Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bercahaya terang-benderang, cemer­lang: ia mengenang-ngenang zaman ~nya; kegemilangan keadaan bercahaya terang­-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; ®gilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bercahaya terang benderang. 2 ki baik atau berjaya sekali; cemerlang: Tentera Islam telah mendapat kemenangan yg ~. kegemilangan 1 keadaan bercahaya terang benderang. 2 ki kejayaan yg baik sekali; kecemerlangan: Kisah ~ kerajaan Melayu Melaka masih disebut-sebut hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemilang

Puisi
 

Tinggi bukit gilang-gemilang,
     Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit manakan hilang,
     Itu nama kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
PERICLES

Pericles (490 – 429 S.M.) ialah negarawan Yunani

yang namanya dikaitkan dengan tempoh paling

gemilang dalam sejarah Athens purba. Dia ialah

pemimpin kerajaan Athens selama lebih daripada

30 tahun. Zaman Pericles juga terdiri megah

dengan kegemilangan seni dan sains dalam dunia

purba.

UMUM 
SURAH AL-NASR

Surah al-Nasr ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-110 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat.

Surah ini dinamakan al-Nasr (kemenangan) kerana

isi kandungannya menceritakan mengenai

kemenangan yang gemilang bagi umat Islam, iaitu

kemenangan besar ketika pembukaan kota

Makkah. Pada hari kemenangan ini jugalah

Rasulullah s.a.w. menggambarkan tanda

kesempurnaan risalahnya, maka dengan sebab

itulah surah ini juga dinamakan surah al-Tawdi‘

(selamat tinggal).

UMUM 
ATLANTIS

Atlantis ialah sebuah benua legenda yang

dipercayai telah tenggelam ke dalam Lautan

Atlantik beribu-ribu tahun dahulu. Atlantis mula-

mula dikenali pada tahun 300-an S.M. dalam Critias

dan Timaeus , dua buah karya ahli falsafah Yunani,

Plato. Menurut Plato, satu tamadun yang gemilang

pernah wujud di Atlantis. Tetapi, penduduknya

menjadi jahat dan tamak, dan dewa telah

menghukum mereka. Dalam masa sehari semalam

letupan yang dahsyat menggegarkan Atlantis, dan

benua itu pun tenggelam ke dasar lautan.

UMUM 
RAMADHAN K.H.

RAMADHAN K.H. (1927-    ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada 16 Mac 1927 di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ramadhan Kartahadimadja. Dia juga menggunakan nama samaran Gilang-gemilang. Ramadhan K.H. pernah belajar di Akademi Dinas Luar Negeri, tetapi tidak tamat kerana dia kurang berminat untuk menjadi seorang diplomat. Dia lebih tertarik pada dunia seni.

SASTERATokoh
SURAH AL-FURQAN

Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 77 ayat.

Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T.

menyebut tentang al-Qur’an melalui ayat-ayat surah

ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab

yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad

s.a.w. Al-Qur’an adalah suatu nikmat yang terbesar

kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya

terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah

S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan

kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta

antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al-

Qur’an selayaknya diberi nama al-Furqan atau

pemisah.

UMUM 
SURAH AL-AHZAB

Surah al-Ahzab ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-33 dalam susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 73 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Ahzab (pasukan-pasukan

tentera yang bergabung) kerana orang

musyrikin mengepung orang Islam dari setiap

penjuru Madinah. Orang-orang kafir Makkah

bergabung dengan Bani Ghatfan, Bani Qurayzah

dan golongan penghasut Arab untuk memerangi

orang Islam. Akan tetapi, Allah S.W.T. menghalau

mereka secara hina. Oleh sebab itu, orang-orang

Islam memenangi peperangan tersebut dengan

mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang

penuh gemilang.

UMUM 

Kembali ke atas