Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

Definisi : bercahaya terang-benderang, cemer­lang: ia mengenang-ngenang zaman ~nya; kegemilangan keadaan bercahaya terang­-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; ®gilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Definisi : 1 bercahaya terang benderang. 2 ki baik atau berjaya sekali; cemerlang: Tentera Islam telah mendapat kemenangan yg ~. kegemilangan 1 keadaan bercahaya terang benderang. 2 ki kejayaan yg baik sekali; kecemerlangan: Kisah ~ kerajaan Melayu Melaka masih disebut-sebut hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemilang

Puisi
 
Tinggi bukit gilang-gemilang,
     Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit manakan hilang,
     Itu nama kenang-kenangan.

Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
special spectacular effectkesan khas gemilangKomunikasiKorporatHasil gabungan penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan canggih dalam iklan jalanan yang memberi impak menakjubkan. Peralatan iklan yang digunakan biasanya bersaiz besar dan menggunakan ruang yang luas. Kesan khas gemilang biasanya menggunakan unsur audiovisual dan teknik pencahayaan yang direka bentuk khusus untuk mewujudkan kesan tersebut. Tujuan penggunaan kesan khas gemilang adalah untuk mendapatkan perhatian khalayak dan meninggalkan kesan ingatan mesej yang disampaikan. Oleh sebab kos pengurusan yang tinggi, syarikat dan organisasi yang berkemampuan sahaja yang dapat menggunakan kesan khas gemilang ini.
Glorious AgeZaman GemilangSejarahTiadaTiada
grand operaopera agungKesenianDrama dan TeaterPersembahan opera yang lebih gemilang dari segi gubahan persembahan berbanding dengan opera biasa.
spectacle theatrepanggung mewahKesenianDrama dan TeaterPanggung teater yang dilengkapi dengan kemudahan canggih untuk binaan set yang mewah bagi menghasilkan pementasan teater yang besar dan gemilang kesannya. Contohnya, Istana Budaya di Kuala Lumpur.
inversie/inversionsusun terbalik; inversiKesusasteraanTiadaUrutan kata yang menyimpang dari kebiasaan dan selalunya terdapat dalam pembentukan sesebuah puisi. Contoh: 'Puteri Zubaidah' menjadi 'Zubaidah Puteri' seperti syair di bawah. Gilang-gemilang cahaya berseri, Laksana bulan empat belas hari, Cantik majlis tidak terperi, Habis menurut Zubaidah Puteri.[hlm 445]
electronic libraryperpustakaan elektronikTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan perpustakaan yang diuruskan secara elektronik iaitu perkhidmatan pinjaman/pemulangan, pencarian maklumat, rujukan dan bimbingan pengguna, katalog awam dalam talian, dan sistem pembekalan penerbitan elektronik. Contohnya perpustakaan Tun Seri Lanang UKM (melalui sistem GEMILANG), perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM (melalui sistem ….), perpustakaan Sultanah Zanariah UTM (melalui sistem ORBIT) dan perpustakaan DBP. Banding perpustakaan digital dan perpustakaan maya.

Kembali ke atas