Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.pa] | ݢمڤا

Definisi : goncangan (bumi), lindu; ~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ laut gegaran laut yg disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut; ~ sunting bunga ketar yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan; menggempakan menggoncangkan, meng­gegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.pa] | ݢمڤا

Definisi : 1 = bergempa bergerak bergentar atau bergoncang. 2 = ~ bumi gerakan (goncangan) bumi yg tiba-tiba. menggempakan menjadikan bergempa; menggegarkan atau menggoncang: Letupan yg kuat itu telah ~ kawasan sekelilingnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempa

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GEMPA BUMI UMUM 
MAGNITUD RICHTER

Magnitud Richter ialah angka yang

menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains

mengira magnitud Richter dengan menggunakan

maklumat yang diperoleh daripada seismograf,

sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli

seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji

gempa bumi), Charles F. Richter, telah

membangunkan sistem ini untuk mengukur

kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala

sistem ini dikenali sebagai skala Richter.

UMUM 
SEISMOLOGI

Seismologi ialah kajian tentang gelombang

seismik (gelombang kejutan) yang dihasilkan

oleh gempa bumi atau letupan. Ahli seismologi

mengkaji gelombang ini untuk mempelajari

gempa bumi dan struktur bumi. Seismologi

membentuk satu cabang geofizik, iaitu sains yang

menggunakan fizik untuk mengkaji bumi dan

atmosferanya.

UMUM 
POSEIDON

Poseidon ialah dewa laut, dewa gempa bumi dan

dewa kuda orang Yunani. Orang Rom menganggap

Poseidon sama dengan dewa Neptune mereka.

Poseidon merupakan anak kepada Rhea dan

Cronus, dari keturunan dewa-dewa yang digelar

Titan. Dewa Zeus dan Hades merupakan saudara

kandung Poseidon. Apabila ketiga-tiga bersaudara

ini mengundi untuk membahagikan alam sejagat,

Poseidon mendapat laut sebagai kawasan di bawah

penguasaannya, Zeus mendapat syurga dan Hades

mendapat alam ghaib. Ketiga-tiga bersaudara ini

memerintah bumi, tetapi Zeus yang menguasai

keseluruhannya.

UMUM 
SKALA RICHTERSkala yang memberi gambaran kekuatan atau keamatan gempa bumi di seseatu tempat.GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
SEICHE

Seiche ialah gelombang panjang di tasik, teluk atau

lembangan yang serupa. Seiche biasanya disebabkan

oleh angin kencang, gempa bumi kecil, atau

perubahan dalam tekanan atmosfera. Seiche ringan

kerap berlaku di Tasik Geneva di Switzerland dan di

Tasik Erie serta Tasik Garam Besar di Amerika Utara.

UMUM 
ANTIGUA

Antigua (pend. 15 801), yang dahulunya Antigua

Guatemala, ialah ibu negara Guatemala pada

zaman penjajahan. Ia diasaskan pada tahun 1543.

Bandar ini terletak di barat Guatemala City, ibu

negara Guatemala kini (lihat Guatemala [peta]).

Pada tahun 1773, gempa bumi telah memusnahkan

Antigua. Ibu negaranya dipindahkan ke tempatnya

kini pada tahun 1776. Puing-puing akibat gempa

bumi ini menjadi tarikan ramai pelancong.

UMUM 
SKOPJE

Skopje (pend. 503 449) ialah ibu negara Macedonia,

negara yang terletak di tenggara Eropah. Skopje

terletak di utara Macedonia, di sepanjang Sungai

Vardar (lihat Macedonia [peta]). Kira-kira 80

peratus daripada bandar tersebut musnah atau

mengalami kerosakan akibat gempa bumi pada

tahun 1963. Bandar tersebut dibina semula dengan

binaan tahan gempa bumi. Antara struktur

tinggalan zaman lampau termasuk bandar berkubu

purba, permandian Turki, dan masjid.

UMUM 
SEISMOGRAF

Seismograf ialah alat yang menguatkan dan

merakamkan pergerakan kecil bumi. Daripada

rakaman ini, ahli sains yang dikenali sebagai ahli

seismologi boleh menentukan lokasi dan keamatan

gempa bumi. Ahli sains juga menggunakan

seismograf untuk mencari minyak, mengkaji

bahagian dalam bumi, dan mengukur ketebalan

glasier.

UMUM 
LI SIGUANG

Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China.

Dia memberi sumbangan penting kepada sains

palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi

(kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian

tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan

disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi.

Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang

membincangkan aspek tegasan dan terikan.

Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan

penting dalam penemuan beberapa telaga minyak

yang besar di China. Karya utamanya termasuk

Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central

China (1947), dan Introduction to Geomechanics

(1962).

UMUM 
12

Kembali ke atas