Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.par] | ݢمڤر

Definisi : heboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini; menggemparkan, mempergemparkan ark 1. menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi; tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba­tiba: sidang ~; kegemparan 1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.par] | ݢمڤر

Definisi : riuh atau bising kerana sesuatu; kelam-kabut kerana rusuhan dll: Orang ramai yg sedang membeli-belah di pasar itu pun ~lah, semuanya lari bertempiaran. menggemparkan menyebabkan menjadi gempar: Berita itu telah ~ penduduk-penduduk kampung. tergempar dgn mendadak; dgn tiba-tiba: mesyuarat ~. kegemparan keadaan atau hal gempar; peristiwa yg menggemparkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempar


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
GemparWijaya MalaDewan Bahasa1 March 1963
ASEAN gempar Myanmar miliki nuklearMohamad Faisol KelingDewan Masyarakat1 September 2007
Sekolah gempar!TiadaDewan Siswa1 May 1986
Tahun Melawat Malaysia: Gempar! Hebat! Berwarna-warni! Pesta-pestaantanpa makna?M. Hanafiah A. SamadDewan Budaya1 February 1990
Dewan Undangan Negeri gempar seketikaBadrul Risham NaruddinDewan Budaya1 July 1990

Kembali ke atas