Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gén] | ݢين

Definisi : /gén/ sebahagian drpd juzuk sel pd sesuatu hidupan, yg mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan hidupan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
syntenic genegen sintenikBiologiGenetikGen-gen bukan beralel yang terletak pada pasangan kromosom yang sama. Gen-gen ini mungkin menunjukkan rangkaian genetik bergantung pada jarak yang memisahkannya.
gene interactioninteraksi genBiologiGenetikInteraksi antara gen-gen berbeza yang terletak pada genom yang sama untuk menghasilkan fenotip tertentu. interaksi ini selalunya berlaku apabila gen-gen bukan alel berfungsi pada salah satu tapak jalan turutan tindak balas yang akan menghasilkan sebatian akhir.
heterogenous nuclear RNA, hnRNARNA nukleus heterogen (hnRNA)BiologiGenetikTranskrip gen-gen eukariot yang terdiri daripada RNA yang berbeza saiznya. Transkrip gen-gen eukariot stabil dan berperanan sebagai pelopor kepada sesetengah mRNA. hnRNA.
structural genegen tambahBioteknologiTiadaGen-gen yang bersaling tindak, tetapi tidak menunjukkan kedominanan sekiranya gen itu alel atau tidak menunjukkan epistasis sekiranya gen tersebut bukan alel.
hypostasishipostasisBiologiGenetikSaling tindakan gen yang melibatkan perlindungan atau penghalangan pengekspresian suatu gen oleh suatu gen yang bukan alelnya. Gen yang menghalang pengekspresian gen lain dikatakan gen berepistasis dan gen yang terlindung dikatakan gen berhipostasis.
regulatory genegen pengawal aturBioinformatikBioinformatik MolekulGen yang terlibat dalam kawal atur pengekspresan satu atau lebih gen-gen yang lain melalui tatacara penindas dan pengaktif. Gen ini mengawal atur pengeluaran protein melalui proses transkripsi gen dan membenarkan sel bertindakbalas dengan cepat kepada perubahan persekitaran.
mutator genegen mutatorBioteknologiTiadaGen yang dapat meningkatkan kadar mutasi gen-gen lain dalam organisma yang sama.
gene networkrangkaian genBioinformatikBioinformatik MolekulInteraksi sesama gen dalam satu sel. Rangkaian gen diwakili sebagai gambar rajah yang terdiri daripada nod yang mewakili gen atau hasilan gen dan sisi yang mewakili hubungan berpasangan di antara gen-gen.
gene substitutionpenggantian genBiologiGenetikPenggantian satu gen dengan alelnya tanpa mengubah gen-gen yang lain.
polymeric genegen polimerBioteknologiTiadaSistem gen yang terpisah secara tak bersandar antara satu sama lain. Apabila bergabung, gen-gen ini akan mempengaruhi ciri fenotip yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas