Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.nap] | ݢنڤ

Definisi : 1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2, 4, 6, dsb): nombor rumah di sebelah kanan ~; dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi; empat gasal, lima ~ prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat; segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia; menggenapkan mencukupkan, melengkap­kan: perkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap; barang-barang ~ (Eko) barang-barang utk melengkapkan penggunaan barang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.nap] | ݢنڤ

Definisi : 1 tidak kurang sedikit pun; penuh; cukup: Umurnya sudah ~ 15 tahun. 2 dpt dibahagikan dgn 2 tanpa berlebih; tidak ganjil: Enam ialah angka ~. menggenapi menyebabkan genap; menambah supaya genap (cukup, penuh dsb): Dia ~ pasukan bola sepak sekolah kami kerana pemain yg sebenarnya telah cedera. menggenapkan 1 menjadikan atau menganggap genap (cukup dsb); memadakan; mencukupkan: Dia berusaha ~ gaji yg diterimanya setiap bulan. 2 menyebabkan sesuatu angka menjadi genap; memberikan tambahan kpd atau mengurangkan sesuatu angka ganjil supaya menjadi genap: Dia ~ nombor 5 dgn menambahkan 1 supaya menjadi 6. penggenap sesuatu (angka dll) yg ditambahkan utk menggenapkan (mencukupkan, melengkapkan dll). segenap tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Syarikat itu berkembang ke ~ daerah di Semenanjung Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genap

Puisi
 

Sirih kuning setangkai genap,
     Mari makan bulan puasa;
Putih kuning suara sedap,
     Taruh mari mainan mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Masuk tak genap,
     keluar tak ganjil.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Contohnya, teks biasa yang ingin disulitkan ialah “INI KAEDAH PENYULITAN SAYA” dan kaedah zig-zag yang digunakan untuk menulis aksara pada kedudukan ganjil di baris atas, dan aksara pada kedudukan genap pada baris bawah. Proses penyulitannya adalah seperti yang berikut: I I A D H E Y L T N A A \ / \ / \ / \ / \ / \ / \ / \ / \ / \ / \ / N K E A P N U I A atau dengan melihat kedudukan aksara dalam teks. Contohnya, aksara ‘A’ boleh ditukar kepada huruf ‘F’, sekiranya berada dalam kedudukan ganjil dan boleh ditukar kepada huruf ‘J’, sekiranya berada dalam kedudukan genap. Perkataan ‘AA’ dalam teks biasa akan ditukar kepada perkataan ‘FJ’ dalam teks sifer. penggodam (Ig. hacker; Br. perentas/penggodam; Id. peretas) Individu yang mempunyai kepakaran dalam memahami fungsian, meneliti atur

Kembali ke atas