Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.dang.gen.dang] | ݢندڠ٢

Definisi : sj selaput, kulit ari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gendang-gendang

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Satu juga gendang berbunyi.

Bermaksud :

Selalu sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gendanggendangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gendang ialah dram berbentuk tong cembung dan mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali rotan. Permukaan kulit ditiunkan dengan menegangkan tali rotan. Pemain meletakkan gendang di atas riba secara melintang dan kedua-dua permukaan kulit dipukul dengan tangan untuk menghasilkan rentak bertingkah. Gendang terdapat dalam dua saiz, iaitu gendang anak bersaiz kecil dan gendang ibu bersaiz besar. Gendang dimainkan dalam pelbagai ensembel, termasuklah wayang kulit, makyong, tarinai, joget gamelan, gendang silat, dan caklempong di Malaysia serta ensembel gamelan di Indonesia. Gendang dikenali juga sebagai klong khaek di Thailand dan kendhang di Indonesia.

gendang Melayu (Mal)gendang MelayuKesenianTiadaPasangan gendang anak dan gendang ibu.
gendang tingkah (Mal)gendang tingkahKesenianTiadaGendang dua muka berukuran kecil yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit kelantan, main puteri dan silat. Sinonim dengan istilah gendang anak.
gendang Keling (Mal)gendang KelingKesenianTiadaGendang dua muka yang digunakan di dalam permainan silat dan terinai yang popular di Kedah dan Perlis.
gendang Jawa (Mal)gendang JawaKesenianTiadaGendang dua muka yang dimainkan di dalam kumpulan gamelan Melayu dan gamelan Jawa.
gendang ibu (Mal)gendang ibuKesenianTiadaGendang dua muka berukuran besar yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit Kelantan, main puteri dan silat.
gendang anak (Mal)gendang anakKesenianTiadaGendang dua muka berukuran kecil yang terdapat di dalam permainan mak yong, wayang kulit Kelantan, main puteri dan silat.
gendang nobat (Mal)gendang nobatKesenianTiadaGendang dua muka di dalam permainan nobat.
gendang (Mal)gendangKesenianTiadaAlat membranofon yang mempunyai satu atau dua muka yang dipalu dengan tangan atau diketuk dengan kayu pemukul.
gendang dua puluh empat musimgendang dua puluh empat musimMuzikTiada

 Sejenis ensembel masyarakat Cina Malaysia yang terdiri daripada 24 gendang besar atau shigu. Ensembel ini dipentaskan pertama kali di Johor Bahru pada tahun 1988. Setiap corak rentak muzik yang dimainkan menggambarkan suasana atau pergerakan petani pada setiap musim seperti musim membajak tanah, menyemai, dan menuai atau membanting padi. Si­nonim er shi sijieling gu.

12345678910...

Kembali ke atas