Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.né.tik] | ݢينيتيک

Definisi : (génétik) (Bio) 1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut drpd satu generasi kpd generasi lain melalui gen; 2. bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.né.tik] | ݢينيتيک

Definisi : /génétik/ ist 1 kajian ttg keturunan atau baka, dan cara individu mewarisi sesuatu ciri atau sifat, serta memindahkan ciri tsb dr satu generasi ke generasi lain melalui gen. 2 bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genetik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GENETIK UMUM 
KAUNSELING GENETIK

Kaunseling genetik ialah teknik menentukan

kemungkinan bayi yang bakal lahir. Pakar bidang

ini yang digelar kaunselor genetik dapat membuat

ramalan yang tepat kemungkinan pasangan suami

isteri itu melahirkan anak yang mengalami cacat

keturunan.

UMUM 
SITOLOGI

Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman

dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur

sel dapat memberi penjelasan tentang proses

pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian

genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan

bahawa setiap struktur mempunyai fungsi

tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan

perubahan pada kandungan kimia yang

membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian

tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga

Sel.

UMUM 
KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetik ialah istilah yang

digunakan kepada teknik mengubah gen (bahan

keturunan) atau gabungan gen dalam organisma.

Sel bagi semua organisma hidupan mengandungi

gen. Gen membawa maklumat kimia yang

menentukan ciri-ciri organisma. Dengan

mengubah gen organisma, ahli sains dapat

memberikan organisma dan keturunannya sifat-sifat

yang berbeza.

UMUM 
GENETIK TUMBUH-TUMBUHAN

Genetik tumbuh-tumbuhan ialah salah satu bidang botani yang mengkaji tentang pewarisan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya melalui gen.

BIOLOGISifat/Keadaan
TRANSKRIPSIProses sintesis molekul-molekul RNA dengan menggunakan molekul DNA sebagai tempat bagi maklumat genetik daripada bentuk DNA ditukarkan kepada bentuk RNA. Ini merupakan sebahagian daripada proses ekspresi gen, iaitu maklumat genetik dalam DNA mengarah kepada pembentukan RNA. Arah aliran informasi di dalam sel merupakan central dogma bidang biologi molekul DNA yang digunakan untuk mensintesis RNA. RNA pula digunakan untuk mengarah pembentukan protein. RNA ialah molekul rantai panjang seperti molekul DNA juga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara molekul DNA dan RNA. Tulang belakang bagi membentuk polimer molekul RNA terdiri daripada gula ribos yang menyerupai gula deoksiribos DNA. Ia mempunyai molekul oksigen terikat pada karbon nombor 2', 3', dan 5'. Molekul RNA juga adalah lebih kecil (pendek) daripada DNA kerana ia terdiri daripada bes urasil (U) dan bukan timina (T) seperti yang terdapat pada DNA....Sila Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
MORGAN, THOMAS HUNT

Morgan, Thomas Hunt (1866–1945), ahli

genetik Amerika, menerima Hadiah Nobel pada

tahun 1933 bagi bidang fisiologi atau perubatan

atas kajiannya mengenai keturunan sebagaimana

yang tercatat dalam buku The Theory of the Gene

(1926). Dia menunjukkan melalui eksperimennya

bahawa ciri-ciri tertentu diturunkan dari satu

generasi ke satu generasi melalui gen (lihat

Keturunan [Kelahiran genetik]).

UMUM 
SPORT

Sport, dalam bidang genetik, ialah istilah yang

merujuk kepada kemunculan tiba-tiba jenis

keturunan baru tertentu pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan. Sport ini disebabkan oleh terjadinya

perubahan dalam sel yang dikenali sebagai

mutasi (lihat Mutasi). Jenis baru sering digunakan

sebagai induk untuk menghasilkan jenis baka

yang baru.

UMUM 
DNAJuzuk utama yang membentuk bahan genetik bagi kebanyakan organisma.BIOLOGIKonsep
MULLER, HERMANN JOSEPH

Muller, Hermann Joseph (1890–1967), ahli

genetik Amerika. Muller telah membuktikan

bahawa sinar-x boleh menghasilkan mutasi

(perubahan mendadak pada gen) dengan

mendedahkan lalat buah kepada sinar-x. Dengan

hasil kajiannya ini, yang diterbitkan pada tahun

1927, dia telah dianugerahi Hadiah Nobel tahun

1946 untuk fisiologi atau perubatan.

UMUM 
12

Kembali ke atas