Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.no.sid] | ݢينوسيد

Definisi : (génosid) pembunuhan (penghapusan) secara sengaja sesuatu bangsa atau kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genosid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genocidegenosidUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJenayah yang dilakukan dengan hasrat untuk memusnahkan sesuatu kumpulan nasional, etnik, bangsa atau agama, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Jenayah ini lazimnya menyasarkan anggota sesuatu kumpulan yang dilindungi, dan tindakan genosid merangkumi perbuatan membunuh, mendatangkan kemudaratan, mengenakan keadaan hidup yang dijangka akan membawa kemusnahan fizikal, mengenakan langkah untuk menghalang kelahiran, atau memindahkan dengan paksa kanak-kanak sesuatu kumpulan ke dalam kumpulan lain. Genosid boleh menjadi sebahagian daripada jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, dan boleh menjadi jenayah tersendiri. Triti yang diwujudkan bagi mengatasi jenayah ini ialah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
genocidegenosidKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang disengajakan terhadap sekumpulan besar orang berdasarkan pelbagai faktor seperti geografi, demografi dan politik. Contohnya, pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang mengakibatkan kematian sekumpulan besar penduduk di Jepun. Pembersihan etnik boleh digolongkan sebagai satu bentuk genosid. Contohnya, pembersihan etnik Rohingya di Myanmar.
serious bodily harmkecederaan teruk badanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKecederaan pada tubuh badan, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan atau memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk badan merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk badan boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa.
serious mental harmkecederaan teruk mentalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKecederaan atau gangguan terhadap mental, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan dan memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk mental merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk mental boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. Contoh kecederaan teruk mental ialah mangsa menjadi gila, fobia, takut, keinginan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
genocidegenosidGeografiTiadaTiada
genocidegenosidKependudukanTiadaTiada
genocidegenosidSosiologiTiadaTiada
genocidegenosidUndang-undangTiadaTiada
genocidegenosidSejarahTiadaTiada
genocidegenosidSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
12

Kembali ke atas