Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n genre: satire and farce are literary ~s, satira dan farsa merupakan genre kesusasteraan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genre


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genregenreKesusasteraanTiadaKategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud �jenis dan macam�. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi.
genregenreKesusasteraanTiadaJenis atau kategori penggolongan hasil kesusasteraan mengikut bentuk atau teknik atau pokok persoalan.
moral criticismkritikan moralKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganalisis dan menilai karya sastera (semua genre) berasaskan kriteria pengajaran moral. Meingkut tradisi, dalam kebanyakan genre, puisi dikatakan dapat memberikan inspirasi kepada seseorang individu untuk berakhlak mulia dengan menggambarkan keindahan sifat yang baik. Contohnya, M.N.Virgil menganggap genre epik sebagai pengajaran yang berpotensi untuk membentuk moral dan etika. Pandangan ini bertentangan dengan pandangan mereka yang berpegang kepada kriteria estetik yang lebih mengutamakan aspek keindahan. Lihat juga kritikan, kritikan Plato.
hikayathikayatKesusasteraanTiadaSuatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh sebab hikayat muncul selepas kedatangan Islam, maka karya hikayat biasanya bertulisan jawi. Karya lisan yang berjudul Hikayat ialah karya lisan yang telah ditulis. Sastera hikayat kebanyakannya berbentuk sintesis kerana sastera ini muncul dalam latar budaya sinkritik, peribumi Hindu-Islam. Contoh karya hikayat sintesis ialah Hikayat Indera Putera. Walaupun sastera hikayat tidak lagi popular selepas kurun ke-18, namun judul hikayat masih digunakan untuk memerikan beberapa jenis karya baharu. Contohnya, Abdullah Munsyi menggunakan judul hikayat untuk karya autobiografi dan catatan perjalanan. Beliau juga menggunakan judul tersebut untuk tulisannya yang bersifat ilmiah, contohnya Hikayat Dunia (geografi), Hikayat Kapal Terbang, Hikayat bintang, Hikayat Eropah. Malahan karya novel yang awal juga menggunakan judul hikayat contohnya Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Hikayat berasal daripada perkataan Arab hikayah bermaksud �cerita-cerita sejarah�, atau haka bermaksud �menceritakan, mewartakan dan memberitahu. � Lihat juga cerita binatang, epik, fabel binatang, hagiografi, roman.
adaptationadaptasiKesusasteraanTiadaPenyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen dengan judul yang sama: Lihat juga terjemahan.
tensionketeganganKesusasteraanTiadaKonflik yang terhasil apabila perkara yang bertentangan hadir secara serentak, diseimbangkan dan dimanfaatkan secara harmonis dalam karya sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Contohnya persoalan konkrit dan abstrak, umum dan khusus, berirama dan tidak berirama, serta tersurat dan tersirat. Istilah ini digunakan oleh penulis Amerika, Allen Tate dalam tulisannya �Tension In Poetry� dalam buku bertajuk On The Limits of Poetry. Karya ini merupakan karya yang disenangi oleh golongan pengkritik.
symphonysimfoniMuzikTiadaKarya orkestra yang merupakan genre utama bagi komposer Zaman Klasik. Istilah sinfonia berasal daripada perkataan La­tin, iaitu symphonia. Simfoni muncul pada awal Zaman Kla­sik dan berkembang hingga akhir Zaman Romantik. Simfoni biasanya mengandungi tiga atau empat gerakan muzik seperti allegro, adagio, menuet atau scherzo, dan presto. Bentuk mu­zik yang digunakan dalam pengkaryaan sebuah simfoni pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik ialah bentuk sonata, biner, ternari, rondo, variasi dan sonata rondo. Komposer utama untuk genre ini seperti Haydn, Mozart, Beethoven, Schubert dan Brahms. Lihat juga muzik mutlak.
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.
epistlewarkahKesusasteraanTiadaGenre puisi atau prosa dalam bentuk surat. Contohnya Warkah dari Eropah karya A.Samad Said.
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaGenre drama yang memaparkan peristiwa, plot dan perwatakan yang disensasikan bagi membangkitkan emosi khalayak.
123456

Kembali ke atas