Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[géo.gra.fi] | ݢيوݢرافي

Definisi : (géografi) sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan, dan gerak balas manusia terhadapnya, ilmu alam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[géo.gra.fi] | ݢيوݢرافي

Definisi : /géografi/ sains ttg permukaan bumi, keadaan fizikalnya, iklim, kependudukan, keluaran dll: Pentingnya Tanah Melayu dr segi ~ dan ekonomi telah dirasakan sejak kurun pertama Masihi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geografi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFISistem maklumat untuk menjana data geografi.GEOGRAFI DAN GEOLOGISistem
GEOGRAFI UMUM 
STRABO

Strabo (63 S.M.?– 24 M.?) ialah ahli geografi dan

sejarah Yunani. Dia menjadi terkenal kerana

penulisan Geography sebanyak 17 jilid yang

memerihalkan seluruh bahagian dunia yang

diketahui ketika itu. Jilid-jilid tersebut adalah

sumber maklumat geografi yang terbaik tentang

negara-negara Mediterranean pada permulaan

Zaman Kristian. Strabo juga menulis suatu sejarah

yang panjang tetapi kini telah hilang. Dia lahir di

Amasia, Pontus. Dia menuntut di Rom dan

Iskandariah, dan mengembara ke negara Arab,

selatan Eropah, serta utara Afrika.

UMUM 
MAQDISIY, SHAMS AL-DIN ABU ‘ABDULLAH AL-

Maqdisiy, Shams al-Din Abu ‘Abdullah, al-

(335–390 H./946–1000 M.), salah seorang pakar

geografi Islam yang menulis perihal sempadan

geografi negara.

UMUM 
MORAVIA

Moravia ialah sebuah kawasan geografi di

Republik Czech. Kawasan tersebut meliputi

26 097 kilometer persegi dan mempunyai jumlah

penduduk seramai empat juta orang. Brno ialah

bandar terbesar di Moravia dan kedua terbesar di

Republik Czech. Hanya Prague mempunyai lebih

ramai penduduk daripadanya. Dalam bahasa

Czech, Moravia dikenali sebagai Morava.

UMUM 
YORKSHIRE

Yorkshire ialah kawasan geografi yang besar

di bahagian timur laut England. Ia meliputi kaunti

Yorkshire Utara, East Riding of Yorkshire, sembilan

daerah metropolitan yang membentuk selatan dan

barat laut Yorkshire, dan York bandar katedral

purba. Hampir keseluruhan wilayah Yorkshire

Utara merupakan desa.

UMUM 
THE MIDLANDS

The Midlands ialah wilayah geografi yang

terletak di tengah-tengah England. Istilah ini

biasanya digunakan untuk kaunti-kaunti

Leicestershire, Northamptonshire, Warwickshire,

Derbyshire, Staffordshire, dan Nottinghamshire.

The Midlands merangkumi dua kawasan batu

arang yang penting, iaitu Staffordshire dan

kawasan di sekeliling Stoke-on-Trent yang dikenali

sebagai Potteries . Kawasan ini ialah kawasan

pembuatan tembikar dan porselin yang paling

penting di dunia. Kawasan perindustrian yang

dikenal sebagai Black Country terletak di selatan

Staffordshire. Bandar utama di Midlands ialah

Birmingham, yang juga bandar kedua terbesar di

United Kingdom.

UMUM 
YANGONIbu negara Myanmar.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
STEIN, SIR AUREL

Stein, Sir Aurel (1862–1943) ialah orientalis,

penjelajah, dan ahli arkeologi Romania. Dia

menjalankan penyelidikan geografi di Kashmir dan

sempadan barat laut India. Dia juga menemui

perkaitan yang mungkin wujud antara tamadun di

sepanjang Sungai Indus dengan Sungai Euphrates

di Baluchistan dan Parsi. Stein merupakan perintis

yang membuat peninjauan dari udara untuk

penyelidikan geografi. Buku Stein termasuk An

Archaeological Tour in Gedrosia (1931) dan On Old

Routes of Western Iran (1940). Stein lahir di

Budapest, Hungary dan menuntut di Dresden,

Jerman. Dia menjadi rakyat British pada tahun 1904.

UMUM 
YAMANNegara di Timur Tengah.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12345678910...

Kembali ke atas