Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[géo.lo.gi] | ݢيولوݢي

Definisi : (géologi) sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi, kaji bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terdapat perkataan Lineament (english) dalam term geologi yang bermaksud sesar atau garisan pada batuan. Mohon bantuan untuk digunakan dalam BM perkataan "lineament" itu sendiri.Dalam bidang Geologi, istilah bahasa Melayu untuk "lineament" ialah lineamen.Istilah19.07.2013
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan pengurusan bencana. Terdapat banyak istilah yang berkaitan yang perlu diperjelaskan terutama yang melibatkan terjemahan daripada bahasa inggeris seperti risk, danger, hazard dan disaster yang diterjemahkan kepada risiko, merbahaya, bahaya dan bencana. 1. Adakah terjemahan saya di atas adalah betul? 2.mohon pihak tuan menjelaskan beza antara keempat-empat istilah ini 3. Mohon penjelasan mengenai penggunaan istilah geobencana (geodisaster)dan geobahaya (geohazard). Adakah istilah ini boleh digunapakai atau perlu menggunakan perkataan penuh seperti bencana geologi dan bahaya geologi1. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menterjemahkan risk kepada risiko, danger kepada bahaya, hazard terkandung maksud risk dan danger di dalamnya, dan disaster bencana atau  malapetaka. 
2. Tidak ada maklumat tentang perkataan geobencana dan geobahaya dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan perkataan bahaya geologi dan bencana geologi digunakan bagi memberi faham kepada khalayak tentang perkataan tersebut.
Tatabahasa22.01.2015
lihat lampiran
1. Perkataan adit terdapat dalam istilah bidang Geologi dan huraian yang diberikan ialah "Laluan mendatar daripada permukaan tanah ke sebuah lombong."

2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, adit diterjemahkan sebagai kolong.

3. Kamus Dewan Perdana pula mentakrifkan kolong sebagai "lubang yg besar dan memanjang di dlm tanah, lombong dll"

Semoga maklumat yang diberikan ini bermanfaat.
Istilah19.05.2023
Padanan 'geopark' dalam bahasa Melayu.Perkataan geopark merujuk kepada sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari/mapan. Tiada data berkaitan padanan geopark, namun dari segi konsep kami mencadangkan taman geologi sebagai padanannya.Istilah23.10.2018
Salam sejahtera. Adakah endapan dan enapan, atau "sediment", membawa maksud yang sama dalam bidang geologi? Bolehkah kedua-dua istilah ini digunakan saling bertukar ganti? Terima kasih.Endapan dan enapan dalam bidang biologi sebagai variasi dan penggunaannya boleh bersilih ganti.Penyemakan dan penterjemahan17.11.2015
Apakah terjemahan bagi perkataan Guniting, Gunite dalam Bahasa MelayuPadanan bagi istilah Gunite dalam bahasa Melayu ialah gunit. (bidang geologi dan kejuruteraan)Istilah22.12.2006
salam, saya ingin bertanya berkenaan ejaan "primari" dan " primer", "tertiari" dan "tertier", yang manakah betul?Ejaan yang betul ialah primer dan tertiar (istilah geologi). Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=primer untuk carian ejaan kata yang betul.Tatabahasa08.01.2015
Salam Negaraku! Mohon pandangan berkaitan terjemahan bagi "... features on, above and below the earth's surface" kepada ".... fitur pada, atas dan di bawah permukaan bumi." @ "fitur yang terdapat pada, atas dan bawah permukaan bumi". Sekian, terima kasih.Daripada contoh frasa yang diberikan, perkataan features dicadangkan padanannya dalam bahasa Melayu ialah bentuk atau ciri-ciri. (Contoh ayat: Bentuk geologi / Ciri-ciri geologi pada, di atas dan di bawah permukaan bumi adalah berbeza di hemisfera utara)Penyemakan dan penterjemahan05.04.2017
Apakah makna geo ? Contohnya dalam perkataan geofisik,geografi dll. Kamus Dewan saya (Edisi Baru 1989) tidak ada 'geo' . Terima kasih.awalan asing berkaitan dengan bumi, geofizik, geokimia dan geologi.Lain-lain09.10.2007
adakah perkataan berikut boleh digunakan: 1. kompetensi 2. fasiliti atau fisiliti 3. subkomponen 4. survival 5. persisten

Kompetensi boleh digunakan yang bermaksud kecekapan; fasiliti tidak digunakan, boleh digantikan dengan kemudahan; fisiliti kepada kefisilan (bidang Geologi); subkomponen boleh digunakan dalam perkara sukatan atau butiran; survival digantikan dengan hidup atau kewujudan atau peninggalan; persisten tidak digunakan, dan gantikan dnegan berterusan, berulang-ulang, atau tidak henti-henti.

Makna18.03.2008
12

Kembali ke atas