Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[géo.lo.gi] | ݢيولوݢي

Definisi : (géologi) sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi, kaji bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETA GEOLOGIPeta mengandungi pelbagai maklumat geologi dan digunakan oleh ahli geologi.GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
GEOLOGI UMUM 
GEOLOGI KEJURUTERAANSubbidang geologi gunaan menggunakan maklumat dan ilmu geologi dalam pembinaan kejuruteraanKEJURUTERAANKonsep
SKALA MASA GEOLOGISusunan unit masa dan peristiwa geologi secara kronologi yang biasanya dibentangkan dalam bentuk carta. Unit masa atau peristiwa geologi yang paling tua diletakkan paling bawah dalam carta, manakala arah ke atas, semakin muda.KEJURUTERAANKonsep
GEOLOGI PETROLEUM

Geologi petroleum ialah ilmu geologi yang menerapkan ilmu tentang petroleum, untuk digunakan dalam kerja-kerja mencari gali dan mengeluarkan petroleum dari perut bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIDisiplin Ilmu
GEOLOGI PETROLEUMKajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitanKEJURUTERAANKonsep
GEOLOGI ALAM SEKITARPenerapan prinsip dan pengetahuan geologi untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada penempatan manusia dan eksploitasi alam sekitar fizikal.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
SMITH, WILLIAM

Smith, William (1769–1839) ialah ahli geologi

dan jurutera British yang menemui cara untuk

mengenal pasti pembentukan batuan daripada

fosilnya. Dia juga menerbitkan peta geologi

England dan Wales yang pertama. Smith lahir di

Churchill, Oxfordshire, England. Dia belajar sendiri

ilmu kejuruteraan dan geologi. Dia mula bekerja

sebagai pembantu juruukur dan menjadi jurutera

terusan dan saliran. Smith mengumpulkan fosil,

mengkaji batuan dan menyusunnya mengikut usia.

Dia menerbitkan Geological Map of England and

Wales, with part of Scotland pada tahun 1815.

UMUM 
ZAMAN AIR BATUZaman geologi yang glasier meliputi sebahagian besar tanah daratan sehingga ke beberapa bahagian laut.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
ERA SENOZOIK

Era Senozoik ialah era yang paling baru

menurut skala masa geologi sejarah bumi. Ahli

geologi berpendapat bahawa era ini bermula

lebih kurang 65 juta tahun dahulu. Ada kalanya ini

dikenali sebagai Zaman Mamalia.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas