Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[géo.mé.tri] | ݢيوميتري

Definisi : (géométri) cabang matematik yg berkaitan dgn ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[géo.mé.tri] | ݢيوميتري

Definisi : /geométri/ sains ttg perhubungan dan sifat-sifat garisan, sudut, permukaan dan bongkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geometri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GEOMETRI UMUM 
GAYA GEOMETRI UMUM 
ELIPS

Elips ialah rajah geometri yang berbentuk gelung

bujur. Dalam istilah geometri, elips ialah satu

daripada bahagian kon (lihat Kon).

UMUM 
DARJAHDarjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil

ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit

ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah

(1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan

dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan

lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud)

ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah.

Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60

unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula

dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah

cabang matematik seperti trigonometri, sudut

diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian.

UMUM 
PIRAMID

Piramid dalam geometri, ialah bongkah dengan

muka sisi berbentuk tiga segi yang bertemu pada

satu titik atau punca sepunya. Tapak piramid

dikenali sebagai poligon , iaitu permukaan datar

yang disempadani oleh tiga atau lebih sisi. Jumlah

muka mana-mana piramid bergantung pada

jumlah segi di atas tapak. Titik terjauh dari tapak –

tempat semua muka bertemu – dikenali sebagai

puncak piramid.

UMUM 
SUDUT

Sudut, dalam geometri satah, ialah rajah yang

dibentuk oleh dua sinar yang mempunyai titik hujung

yang sama. Satu sinar adalah sebahagian daripada

satu garisan yang menganjur secara tidak pasti ke

satu arah dari satu titik. Titik tempat sinar sesuatu

sudut bertemu dinamakan bucu, dan kedua-dua sinar

itu sendiri dikenali sebagai sisi.

UMUM 
SILINDER

Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal

dengan dua tapak secam yang terletak pada satah

selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung

yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi)

silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu

dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan,

bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat.

Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi

silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya.

Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut

tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik.

UMUM 
DIAMETER

Diameter, dalam geometri ialah jarak satu garis

lurus segmen yang merentas di tengah-tengah

bulatan atau sfera, dan mencecah sempadan rajah

pada titik bertentangan. Diameter juga nama untuk

garisan segmen.

UMUM 
SEGI TIGA

Segi tiga dalam geometri satah ialah rajah

tertutup yang mempunyai tiga sisi. Sisinya

bertemu pada tiga titik yang dinamakan bucu ,

dan setiap bucu membentuk sudut dengan dua

daripada sisinya. Jumlah tiga sudut segi tiga ialah

180º. Segi tiga ialah sejenis poligon (lihat Poligon ).

UMUM 
TEOREM PYTHAGORAS

Teorem Pythagoras , dalam geometri,

menyatakan bahawa dalam segi tiga bersudut

tegak, kuasa dua hipotenus adalah bersamaan

dengan jumlah kuasa dua bagi dua sisi yang lain.

Segi tiga bersudut tegak mempunyai satu sudut

yang bersamaan dengan 90 ° . Hipotenus ialah sisi

yang bertentangan dengan sudut tegak. Formula

teorem Pythagoras ditulis sebagai:

c²= a² + b ²

UMUM 
123

Kembali ke atas