Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.rai] | ݢراي

Definisi : (gérai) Mn; tergerai terurai (rambut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.rai] | ݢراي

Definisi : 1. sl pelamin (tempat mempelai bersanding); 2. balai-balai (tempat duduk atau tidur), bangku; 3. bangku (meja) tempat menjual barang, kedai (kecil): ~ surat khabar dan buku-buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.rai] | ݢراي

Definisi : ; menggerai menggali, mengorek; penggerai sj penggerek, gerudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.rai] | ݢراي

Definisi : 1 bangku atau meja tempat meletakkan barang-barang jualan. 2 kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, barang-barang permainan dll. 3 tempat semacam bangku utk duduk-duduk atau utk berbaring. 4 tempat duduk pengantin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
gerai makan atau gerai makanan?Kedua-dua frasa "gerai makan" dan "gerai makanan" betul.Tatabahasa04.08.2015
Salam, saya nak tanya..apa perkataan/istilah yang ssuai untuk gerai2 yang menjual minuman di tepi jalan seperti gerai air jambu, gerai air tebu dan sebagainya?Saya ingin membuat ayat, 'Dia sedang minum air tebu di tepi gerai ....'.Terima kasih.Gerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, gerai air tebu seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan.Tatabahasa17.01.2013
Apakah perbezaan gerai dan warung?Tiada perbezaan makna yang ketara antara gerai dan warung. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) mentakrifkan:

gerai1

kata nama ruangan atau kedai kecil yg ringkas, biasanya mengandungi kerusi dan meja tempat meletakkan, mempamerkan atau menjual barang, makanan, pakaian dsb:
Di tepi jalan itu terdapat sederetan gerai yg menjual buah-buahan.◊gerai makan;◊gerai cenderamata;

2 tempat duduk atau tempat berbaring-baring yg dibuat drp kayu atau buluh, berbentuk spt meja rendah yg lebar, dan biasanya diletakkan di bawah pokok, di beranda dsb;

klasik pelamin.

gerai2 kata nama penggerai; kata kerja transitif  2 lihat menggerai;

warung kata nama kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman: Dia mahu warung kopinya yg beratapkan rumbia dan berdindingkan anyaman buluh itu bertukar wajah menjadi bangunan drp batu konkrit.

Secara umumnya, warung menyediakan ruang untuk pengunjungnya bertemu, berbual, berehat dan sebagainya, biasanya menyediakan minuman dan makanan, manakala gerai pula merupakan ruangan yang terhad dan menjual barangan tertentu dengan kuantiti yang tidak banyak.
Makna13.04.2023
Apa nama kedai kecil yang menjual baju spt kedai tepi jalan atau di kaki lima? bolehkah guna GERAI BAJUGerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, Gerai Baju seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2010
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM 2. SYARIKAT LOGAM 3. GERAI MAKANAN 4. GERAI MINUMAN 5. PUSAT KECANTIKAN HAIWAN PELIHARAAN 6. MENJUAL DAN MEMASANG ALAT-ALAT 'AUTO GATE' DAN ALAT-ALAT KESELAMATAN PAKAR SYSTEM KESELAMATAN 7. PAKAR SYSTEM SEKURITI 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA 9. BILIK PAMERAN 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRIAL Terima Kasih.Ayat dan ejaan jawi yang betul ialah:
1. MENJUAL BARANGAN LOGAM - منجوال بارڠن لوݢم
2. SYARIKAT LOGAM - شريکت لوݢم
3. GERAI MAKANAN - ݢراي ماکنن
4. GERAI MINUMAN - ݢراي مينومن
5. PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN - ڤوست ڤنجاݢاءن حيوان ڤليهاراءن
6. MENJUAL DAN MEMASANG PAGAR AUTOMATIK DAN ALAT KESELAMATAN - منجوال دان  مماسڠ ڤاݢر اءوتوماتيک دان الت  کسلامتن
7. PAKAR SISTEM SEKURITI - ڤاکر سيستم سيکوريتي
8. PEMBEKAL CERMIN KERETA - ڤمبکل چرمين کريتا
9. BILIK PAMERAN - بيليق ڤاميرن
10. PEMBEKAL GAS INDUSTRI - ڤمبکل ݢس ايندوستري
Ejaan02.12.2019
Apakah penggunaan perkataan 'pegerai' itu betul bagi merujuk kepada orang yang membuka gerai untuk menjual barang-barang, makanan dan sebagainya?Dari segi pembentukan kata, kata pegerai terbentuk apabila kata gerai menerima imbuhan peN  seperti dalam kata pekedai. Walau bagaimanapun bagi maksud orang yang membuka gerai kata pengusaha gerai digunakan.Tatabahasa13.01.2008
Sarah makan bersama ayah di gerai itu.(ayat penyata) Makanlah bersama ayah di gerai itu Sarah. (ayat suruhan) betulkah ayat tersebut setelah ditulis semula menjadi ayat perintah?Makanlah bersama-sama ayah di gerai itu Sarah merupakan ayat perintah.Tatabahasa14.10.2021
Boleh bagi pencerahan tentang penggunaan ayat ....1. ...yang kami makan di gerai itu' dengan '2....yang telah kami makan di gerai itu'. Adakah no 2 juga betul? Frasa yang betul ialah ... yang kami makan di gerai itu. Lain-lain07.09.2020
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam?

Salam sejahtera puan,
 
Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam.

    Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam.

Makna01.11.2012
1. Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau. 2. Puan Sarah berada di hadapan gerai sambil memilih buah limau. Ayat manakah yang betul?sila berikan penjelasan jika penggunaan kata hubung itu salah. Terima kasih

Ayat yang betul ialah  “Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau.”

Kata hubung “sambil” tidak tepat untuk ayat ini kerana perkataan ini sesuai digunakan untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilaksanakan serentak.

Tatabahasa06.02.2024
1234

Kembali ke atas