Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.bang] | ݢربڠ

Definisi : ; ~-gersul = ~-geresing Kl kusut tidak keruan; menggerbang terurai dan kusut (rambut): rambutnya ~ tidak terurus; menggerbangkan menyebabkan terurai (rambut), menjadikan menggerbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.bang] | ݢربڠ

Definisi : 1. = pintu ~ pintu besar yg di sebelah atasnya kedapatan satu binaan melengkung, gapura; 2. ki alam: memasuki ~ perkahwinan; 3. (Komp) portal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.bang] | ݢربڠ

Definisi : , = menggerbang terurai dan kusut tidak keruan (ttg rambut). menggerbangkan membiarkan rambut menjadi kusut dan terurai; menjadikan menggerbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ger.bang] | ݢربڠ

Definisi : , = pintu ~ pintu besar di sesebuah kota dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerbang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archgerbangKesenianHiasan DalamanSuatu unsur binaan yang direka untuk membentuk ruang bukaan yang biasanya melengkung di sebelah atas. Walau bagaimanapun, gerbang boleh direka dalam pelbagai bentuk dan saiz, termasuklah separuh bulat, separuh bujur atau runcing tajam. Gerbang dikenali berdasarkan jenis dan reka bentuknya, antaranya ialah gerbang Ogee, gerbang ladam kuda, gerbang Tudor, gerbang runcing dan gerbang Renaissance.
archivolthias gerbangKesenianHiasan DalamanArkitraf berukir memanjang yang terletak di permukaan hadapan gerbang. Hias gerbang digunakan dengan gaya Roman dan Romanesque, termasuklah pada bangunan yang terdapat di kawasan perkampungan Anglo-Saxon pada era awal Norman. Kini, hias gerbang mempunyai sisi yang timbul atau dipotong serong.
equilateral archgerbang melengkungKesenianSeni BinaGerbang yang berbentuk melengkung tajam, dan sisi lengkungnya sama panjang dengan rentangnya. Gerbang seperti ini merupakan salah satu bentuk gerbang yang boleh digunakan dalam sesuatu binaan selain bentuk-bentuk yang lain.
archwaygerbang lengkungLandskapTiadaPintu gerbang yang mempunyai struktur atas yang melengkung. Biasanya gerbang ini dibina di pintu pagar istana atau sebagai penanda masuk sempadan.
elliptical archgerbang elipsKesenianSeni BinaGerbang berbentuk elips yang dibentuk oleh pelbagai lengkungan. Bentuknya berbeza dengan gerbang Rom yang merupakan lengkungan separuh bulat yang diambil daripada titik pusat tunggal.
multifoil archgerbang multifoilKesenianSeni BinaGerbang yang dibina berdasarkan gaya seni bina Moorish Andalusia. Reka bentuk gerbang multifoil telah dipengaruhi oleh seni bina Islam. Istilah �foil� ini berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud "daun." Contoh gaya seni bina ini boleh dilihat dalam reka bentuk bangunan Sultan Abdul Samad.
archwaypintu gerbangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahagian yang memisahkan kawasan dalam dan luar sesebuah monumen atau kota. Pintu gerbang merupakan bahan utama untuk keluar dan masuk ke kawasan tersebut. Contohnya, Masjid Kampung Hulu (Melaka), di bahagian atas pintu gerbangnya terdapat beduk manakala di Kota Kuala Kedah (Kedah) pintu gerbang utamanya disebut Kacapuri.
moongategerbang bulanLandskapTiadaPintu gerbang yang mempunyai bentuk melengkung seperti bentuk bulan.
jack archgerbang jekKejuruteraanTiadaGerbang bata atau konkrit, rentangnya kira-kira 1 m, yang dibangunkan dari bebibir bawah gelegar atau rel keluli guling.
firamentgerbang langitMatematikTiadaKubah atau gerbang langit yang mengikut kepercayaan Yahudi pada zaman silam sebagai pemisah air lautan.
12345678910...

Kembali ke atas