Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ré.ja] | ݢريجا

Definisi : 1. tempat (rumah) sembahyang orang Kristian; 2. Id badan (pertubuhan) orang Kristian yg mempunyai kepercayaan (ajaran dll) yg sama: ~ Katolik; ~ Protestan; burung ~ sj burung pipit; kegerejaan (yg) berkaitan dgn gereja: skripnya pula lebih kpd tradisi lisan, dan apa yg penting drama itu harus membawa mesej ~; hierarki gereja mempunyai kuasa bebas dlm soal-soal keagamaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ré.ja] | ݢريجا

Definisi : /géréja/ (bangunan) tempat orang Kristian melakukan upacara agamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gereja

Puisi
 

Sayang bahulu mengebam Semarang,
     Sayang gereja di bawah bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perhimpunan di gereja - assembely balai perhipunan atau dewan perhimpunanperhimpunan dewan perhimpunanLain-lain12.04.2007
Penerangan lengkap tentang kuil, gereja dan tokong.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kuil ialah rumah berhala atau tempat memuja dewa-dewa. Gereja ialah tempat atau rumah sembahyang bagi orang Kristian dan tokong ialah rumah berhala atau gambar patung yang dipuja-puja. Untuk mendapatkan keterangan lengkap, sila rujuk ensiklopedia atau buku-buku berkenaannya.Lain-lain31.01.2010
apakah maksud "tiada lagi kidung mu"

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna kidung ialah sj nyanyian, syair yg dinyanyikan, kekawin; ~ gereja lagu yg dinyanyikan oleh orang Kristian dlm gereja; tukang ~ penyanyi kidung; 

Makna15.09.2009
Selamat pagi, 1. Mana satu penggunaan yang betul? 300 orang umat atau 300 umat? *umat bermaksud orang-orang yang pergi sembahyang di Gereja.
Tuan, penggunaan frasa yang betul ialah 300 umat (perkataan umat sudah membawa maksud orang). Menurut kamus, maksud umat ialah 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia. 
Lain-lain11.06.2018
penggunaan perkataan 'MENARA' boleh kah digunakan untuk kediaman (pangsapuri servis)Menurut Kamus Dewan, menara bermaksud bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya. Oleh itu, menara hanya boleh digunakan bagi menamai pangsapuri sekiranya pangsapuri itu mempunyai ketinggian melebihi 15 tingkat.Makna16.08.2007
The term ‘communicant’ is more suitable in describing people involved in communicative behaviour in order to acknowledge the individual’s ability to both receive and produce information. Merujuk kepada perkataan "Communicant" dalam konteks ayat ini, adakah sesuai diterjemah sebagai pelaku komunikasi atau lebih sesuai diterjemah sebagai komunikan atau kekalkan saja istilah ini dalam bahasa Inggeris? Communicant selain daripada konteks gereja, juga digunakan dalam bidang komunikasi. Apakah cadangan pihak DBP untuk saya menterjemahkan perkataan ini? Terima kasih atas khidmat nasihat daripada pihak DBP.Communicant tidak boleh diterjemahkan sebagai Pelaku Komunikasi dalam konteks komunikasi kerana mengikut makna umum perkataan tersebut merujuk kepada ahli GerejaMakna15.03.2018
Salam tuan/puan, Harap tuan/puan sudi meluangkan masa untuk mengkategorikan kata nama yang saya berikan sebagai contoh di bawah sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Jika KNATHI, tuan/puan boleh tandakan (I) atau jika KNATHBIK) tandakan (B). rumah padang sekolah bank mahkamah gereja masjid tokong kuil perpustakaan muzium istana plaza tol pasar malam tanjung teluk terowong tandas makmal taman dapur langit balai bomba balai polis kompleks sukan pejabat tanah pejabat imigresen universiti pejabat pos kilang roti kedai buku stesen minyak kafe siber Terima kasih yang tidak terhingga.Pengenalpastian sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) dibuat melalui kehadiran kata sendi nama sebelum kata nama tersebut. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 99-100. Tatabahasa19.11.2014
Adakah Pelaku Komunikasi boleh digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan Bahasa Inggeris "Communicant" dalam konteks bidang komunikasi? Terima kasih.Communicant tidak boleh diterjemahkan sebagai Pelaku Komunikasi dalam konteks komunikasi kerana mengikut makna umum perkataan tersebut merujuk kepada ahli Gereja Penyemakan dan penterjemahan13.03.2018
Selamat sejahtera kepada Tuan/Puan Soalan saya adalah mengenai apakah perkataan Bahasa Melayu yang paling sesuai yang boleh digunakan untuk menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris 'chanting / chant' (yang membawa masuk 'menyebut/mengucap sesuatu perkataan dan megulanginya berkali-kali'). Contohnya chanting the name of God. (to say/utter the name of God and repeat the name many times) Bolehkah saya menggunakan perkataan seperti 'mengucap & mengulangi'. Adakah terdapat satu perkataan yang paling sesuai untuk membawa maksud 'menyebut dan mengulanginya' seperti mana yang terdapat dalam bahasa Inggeris ('chanting') Bolehkah kita menggabungkan 2 perkataan menjadi satu seperti mengucap & mengulangi menjadi 'mengucap ulangi' atau 'mengucap ulang' dan sebagainya. Penjelasan dan khidmat nasihat daripada pihak anda amatlah dihargai. Kerjasama daripada anda didahului dengan rubuan terima kasih. Yang Benar, S. PonnusamyTerdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "chant" dalam pangkalan data istilah DBP seperti yang berikut:

chant - canta (Huraian: Nyanyian monofoni yang terhad kepada beberapa pic sahaja dan berirama bebas, Canta biasanya dinyanyikan di gereja seawal Zaman Pertengahan dan juga merujuk kepada muzik jenis plainsong.(bidang Muzik)

chant - canta (Huraian: Nama umum untuk semua jenis lagu gereja.(bidang Kesenian)

chant - nyanyi puja (bidang Kesusasteraan)

Istilah27.06.2016
Dalam terjemahan sari kata rancangan tv untuk perkataan pope, perlukah pope dikekalkan dengan menjadikannya italic? adakah menggunakan perkataan 'paus' salah atau tidak wajar dalam terjemahan Bahasa Inggeris kepada B.Melayu bagi perkataan pope?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "pope" ialah paus (bidang Sejarah). Dalam Kamus Dewan edisi keempat, paus bermaksud biskop di Rom yg mengetuai gereja Roman Katolik. Oleh itu, perkataan paus adalah betul dan boleh digunakan.Istilah29.05.2012
12

Kembali ke atas