Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ré.ja] | ݢريجا

Definisi : 1. tempat (rumah) sembahyang orang Kristian; 2. Id badan (pertubuhan) orang Kristian yg mempunyai kepercayaan (ajaran dll) yg sama: ~ Katolik; ~ Protestan; burung ~ sj burung pipit; kegerejaan (yg) berkaitan dgn gereja: skripnya pula lebih kpd tradisi lisan, dan apa yg penting drama itu harus membawa mesej ~; hierarki gereja mempunyai kuasa bebas dlm soal-soal keagamaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ré.ja] | ݢريجا

Definisi : /géréja/ (bangunan) tempat orang Kristian melakukan upacara agamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gereja

Puisi
 

Sayang bahulu mengebam Semarang,
     Sayang gereja di bawah bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
episcopalkebiskopanSejarahTiada1. Hal yang berkaitan dengan biskop dan pengurusan gereja.,2. Berhubung dengan Gereja Episkopal Protestan atau Gereja Episkopal Anglican di Scotland.
clerestorytingkap cahaya atasanKesenianSeni BinaTingkap yang berada pada kedudukan tinggi di atas paras mata. Pembinaan tingkap sebegini adalah bertujuan untuk membawa cahaya di luar, udara segar atau kedua-duanya masuk ke dalam ruang dalaman. Tingkap seperti ini banyak terdapat di gereja-gereja dan bangunan basilika pada zaman Rom. Dalam seni bina moden, tingkap seperti ini selalunya dipasang di bangunan-bangunan kilang atau rumah kediaman bagi tujuan menggalakkan pencahayaan.
abbeygereja; abbeyKesenianTiadaGereja: Tempat tinggal golongan Rahib yang mengasingkan diri untuk berbakti kepada Tuhan. Abbey: Tempat tinggal atau gereja untuk golongan Rahib di Perancis.,3. Abbey: Tempat tinggal atau gereja untuk golongan Rahib di Perancis
cathedralkatedralKesenianHiasan DalamanGereja besar tempat beribadat dan kegiatan keagamaan bagi penganut agama Kristian. Di dalamnya terdapat tempat khusus bagi ketua gereja, iaitu uskup. Dalam gereja Ortodoks Yunani terdapat tempat suci yang digunakan untuk uskup agung duduk, yang dikenali sebagai kathedrikos naos. Katedral berasal daripada bahasa Latin cathedra yang bermaksud tempat duduk.
augustinianismaugustinianismeKesusasteraanTiadaDoktrin tentang badan gereja terutama badan gereja Saint Agustine.
ChorakoralMuzikTiadaHim dalam upacara gereja Protestan Jerman. Martin Luther (1483-1546) telah membentuk semula pertubuhan gereja Protestan Jerman. Beliau telah memperkenalkan him dalam upacara di gereja dan telah banyak menulis teks dan melodi koral. Contoh koral Martin Luther ialah Ein' feste Burg ist unser Gott.
cathedralgereja besarSejarahTiadaGereja katholik atau Anglikan yang utama dalam sesuatu daerah.
abbeygereja; kumpulan rahibSejarahTiadaGereja: Tempat tinggal golongan Rahib yang mengasingkan diri untuk berbakti kepada Tuhan. Kumpulan rahib: Perkumpulan rahib lelaki atau perempuan yang mengasingkan diri untuk berbakti kepada Tuhan.,2. Kumpulan rahib - Perkumpulan rahib lelaki atau perempuan yang mengasingkan diri untuk berbakti kepada Tuhan.
ultramontanismultramontanismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan kuasa gereja dalam pemerintahan negara. Fahaman ini berkembang pada zaman kegemilangan Rom semasa agama atau gereja memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Fahaman ini juga berkembang sebagai reaksi kepada perkembangan rasionalisme dan humanisme yang cuba menggugat peranan gereja. Pendukung fahaman ini telah melaksanakan berbagaibagai gerakan bagi memelihara kedudukan tinggi agama dan pope. Kini perbincangan mengenai ultramontanisme tidak terbatas kepada agama Kristian semata-mata.
anthemantem; lagu puja (gereja)KesenianTiadaLagu gereja. Antem: Lagu Kebangsaan
12345678910...

Kembali ke atas