Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.ré/] | ݢيريق

Definisi : (gérék); rumput ~ telinga sj tumbuhan (rumpai), Ischaemum aristatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.ré/] | ݢيريق

Definisi : (gérék); bergerek-gerek berlubang-lubang: kayu yg ~; menggerek menebuk (dgn jara dll): ~ lubang; gereklah langit olehmu, engkau takkan kusaraki juga prb walaupun kpd siapa kauadukan halmu, engkau tidak akan kuceraikan; menggerekkan 1. menggunakan sesuatu (jara dll) utk menggerek; 2. menggerek utk orang lain; penggerek alat utk menggerek (spt gerudi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.ré/] | ݢيريق

Definisi : (gérék) Kl emas tiruan; barang ~ benda yg dibuat drpd emas tiruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.ré/] | ݢيريق

Definisi : /gérék/; bergerek-gerek banyak lubangnya; berlubang-lubang: kayu yg ~. menggerek membuat lubang pd sesuatu; menebuk lubang: Cara ~ kayu yg mudah adalah dgn menggunakan bor. penggerek alat (spt bor, gerudi) yg digunakan utk menggerek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya menggunakan telefon pintar dengan sistem Android 2.3 Merujuk kpd kenyataan di dalam akaun Facebook rasmi DBP di alamat versi telefon: https://m.facebook.com/photo.php?fbid=636992936371678&id=109573169113660&set=a.110964238974553.11894.109573169113660&_rdr#637101786360793 bolehkah jelaskan mengapa: - 'analisa' salah tetapi 'analisis' betul? bukankah 'analisa' ialah kata kerja manakala 'analisis' ialah kata nama? - 'silaturrahim' salah tetapi 'silaturahim' betul? perkataan tersebut dipinjam dari perkataan bahasa Arab dengan saddah/ "rr" bukan? Hilang keaslian bahasa & salah ?? - 'kuey teow' salah manakala 'kuetiau' betul? bukankah 'kuey teow' lebih senang difahami berbanding dieja 'kuetiau'?? - 'catit' salah manakala 'catat' betul? bukankah 'catit' ialah perkataan di dalam dialek tertentu yang sepatutnya diterima? perkataan lain seperti perkataan 'gerek' patut diterima juga. jenuh nak ingat perkataan lama dan baru, saya jadi semakin keliru dengan DBP sekarang... lagi satu, perkataan 'selfie' diterima ke dalam bahasa Inggeris, saya cadangkan DBP fikirkan perkataan bahasa Malaysia untuk istilah ini secepat mungkin, takkanlah nak pinjam dari bahasa Inggeris juga, bukan? Saya cadangkan 'gamdiri' daripada 'gambar sendiri'Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. Untuk makluman tuan juga, ejaan kata pinjaman bahasa Arab yang tidak ada dalam bahasa Melayu disesuaikan bentuk visualnya dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, ejaan yang betul ialah analisis, catat, silaturahim dan kuetiau. Perkataan gerek membawa beberapa makna, sila klik  gerek">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gerek. Melalui carian di internet perkataan selfie hanya ditemukan dalam Kamus Oxford versi dalam talian. Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan.Tatabahasa17.04.2014
Salam, bolehkah para Pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu hari ini mempertahankan bahasa Melayu dengan mengurangkan peminjaman istilah-istilah asing seperti bahasa Inggeris dan Eropah sebab bahasa-bahasa itu bukan rumpun Melayu. Jika tiada perkataan atau istilah yang sesuai untuk menterjemahkan sesuatu istilah Inggeris, ada baiknya jikalau para pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu meminjam istilah serumpun seperti bahasa Melayu Indonesia, bahasa Jawa, Arab, Filipina dan lain-lain serta ada baiknya juga jikalau dipinjam daripada istilah-istilah loghat negeri atau daerah seperti loghat Kelantan, Kedah, Johor dan jikalau tiada sekalipun, cubalah untuk mereka dan mencipta istilah baru. Untuk itu saya memberi contoh, bahasa Melayu tiada istilah "Bicycle" dalam bahasa Inggeris, lalu dipinjam menjadi ''basikal'' dan itu memang kerja menjengkelkan serta kerja mudah. Apa kata, para DBP dan tokoh bahasa Melayu berfikiran terbuka dan berdaya cipta sedikit . Jadi, dalam loghat kedah ''basikal'' disebut ''gerek''. Jadi, apa salahnya jikalau digunakan ''gerek'' untuk ''basikal'' dalam bahasa Melayu dan boleh juga mencipta istilah lain seperti ''bi'' dalam bahasa Inggeris dan ''dwi" dalam bahasa Melayu serta ''cycle'' dalam bahasa Inggeris dan ''kitar'' dalam bahasa Melayu. Jadi, tak salahkan jikalau digabungkan dua perkataan Melayu itu seperti "dwikitar'' untuk ''bicycle'' dalam bahasa Inggeris.

Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan).  Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu.

 

Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab.

 

          Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini.  Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.

Istilah06.11.2015

Kembali ke atas