Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.ga.ji] | ݢرݢاجي

Definisi : alat yg bergerigi pd matanya utk memotong kayu dll; ~ aneka gergaji yg berbagai-bagai jenis matanya yg boleh ditukar-tukar; ~ balak (baluk) gergaji utk membuat papan dll; ~ belah gergaji utk memotong kayu mengikut hala urat; ~ belakang besi sj gergaji tangan yg bilahnya drpd besi keras dgn belakangnya disokong oleh bingkai keluli atau loyang, dan digunakan utk kerja-kerja kayu; ~ beregu sj gergaji dgn dua atau lebih mata yg dipasang pd bingkai atau pd aci gergaji talam, dan digerak ke hadapan dan ke belakang secara menegak atau mendatar utk membelah balak; ~ besar gergaji yg bingkainya merupakan bentuk huruf H; ~ besi gergaji utk memotong logam; ~ busar sj gergaji lengkuk yg berbingkai kayu dgn bilah nipis, dan digunakan utk memotong lengkuk pd kayu; ~ gelung sj gergaji dgn satu atau dua mata drpd keluli nipis yg berbentuk gelung, dan digunakan utk membelah balak; ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat; ~ kerawang gergaji utk membuat ukiran; ~ lengkuk sj gergaji tangan yg terdiri drpd bingkai keluli berbentuk U dgn bilah yg halus dan digunakan utk memotong lengkuk yg sempit pd papan nipis; ~ lengkuk halus sj gergaji lengkuk yg kecil dan digunakan utk memotong bahagian yg rumit, membulatkan bucu kayu, atau membuat reka bentuk tertentu; ~ lengkung sj gergaji tangan dgn bilah keluli yg nipis, dipasang pd bingkai logam yg melengkung, dan digunakan utk menebang pokok-pokok kecil; ~ lubang kunci sj gergaji yg bilahnya runcing pd bahagian hujung dan digunakan utk membuat lubang, memotong bucu, dll; ~ pengerat = ~ potong pepat sj gergaji yg digunakan utk memotong pepat kayu merentasi ira; ~ pita = ~ tali gergaji yg matanya berlingkar; ~ potong pepat sisi sj gergaji yg terdiri drpd rangka yg mengandungi beberapa keping gergaji talam, utk memotong atau membuang bahagian papan yg serong supaya sisi papan itu pepat; ~ racik sj gergaji (gelung atau talam) yg digunakan utk meracik dan menggergaji balak segi, kayu racik, dan kayu sayung; ~ rantai sj gergaji berjentera mudah alih yg mata pemotongnya terlekat pd rantai yg berputar, dan digunakan utk menebang pokok dan memotong tual kayu balak; ~ saber sj gergaji berjentera dgn bilah yg nipis dan pendek, dan digunakan utk memotong lengkung, membuat lubang, dll; ~ talam sj gergaji drpd keluli tegar yg bulat, pipih, yg berputar pd aci bermotor, dan digunakan utk memotong bahagian tepi atau hujung kayu; ~ tangan gergaji kecil yg dipegang dgn sebelah tangan; ~ tebuk gergaji yg matanya tidak lebar; spt ~ dua mata prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; bergergaji sudah dipotong dgn gergaji (bkn balak, kayu dsb); menggergaji 1. memotong dgn gergaji; 2. berjalan serong ke kiri; penggergajian tempat menggergaji kayu; penggergaji orang yg menggergaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.ga.ji] | ݢرݢاجي

Definisi : alat drpd besi tipis yg bergerigi tajam dan digunakan utk memotong kayu dll. ~ balok gergaji besar yg ditarik oleh dua orang utk membuat papan. ~ belah gergaji yg bergigi serong dan digunakan utk memotong kayu mengikut hala urat kayu. ~ besi gergaji utk memotong besi. ~ jig gergaji utk memotong lengkung-lengkung dalam dan luar yg rumit (pd kayu, plastik dan keping-keping logam yg tipis). ~ kasar gergaji yg tebal bilahnya. ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat. ~ piring gergaji yg dpt digunakan utk melakukan bermacam-macam kerja spt membelah, mengerat lintang, membuat tingkat, melurah, mengerat rencong dsb. ~ pita gergaji yg mempunyai bilah yg panjang kecil dan dibuat drpd pita keluli yg dpt dilenturkan dan bergerigi di sepanjang sebelah tepinya. ~ seni gergaji yg berbilah tipis. ~ tangan gergaji kecil yg hanya dipegang dgn sebelah tangan apabila menggunakannya. menggergaji memotong dgn menggunakan gergaji. ~ racik menggergaji (memotong) sekeping kayu tebal utk dijadikan beberapa keping yg sama besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gergaji

Puisi
 

Kalau ada aral di jalan,
     Kami kerat dengan gergaji;
Kalau tiada mara di jalan,
     Lambat bangat datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GERGAJI UMUM 
IKAN GERGAJI UMUM 
LALAT GERGAJI UMUM 
PARI

Pari ialah mana-mana anggota dalam sekumpulan

kira-kira 350 spesies ikan. Ikan ini termasuk pari

helang, ikan gitar, pari manta, ikan gergaji, sket, pari

sengat, dan pari torpedo.

UMUM 
SUNGKUP

Sungkup adalah mana-mana bahan yang ditabur

di atas tanah supaya udara boleh lalu, tetapi air

dalam tanah tidak boleh menyejat. Sungkup boleh

terdiri daripada baja asli, jerami, rumput kering,

clover, sekam, alfalfa, tongkol jagung, daun,

habuk gergaji, serpai kayu dan banyak lagi bahan

lain. Ia biasanya ditabur kira-kira lima sentimeter

hingga lapan sentimeter tebalnya. Ia membantu

menyimpan air dalam tanah dengan

mengurangkan penyejatan, dan ia juga mereput

dan memperkaya tanah. Ia juga mengurangkan

rumpai yang hidup bersaing dengan tanaman.

Sungkup berharga kepada pekebun di rumah,

tetapi ia biasanya lebih mahal daripada baja

komersial.

UMUM 
MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan

tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk

melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk

menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin

basuh, penyaman udara dan pembersih vakum

termasuk motor elektrik, begitu juga pengering

rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan

gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor

menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain

kelengkapan untuk membolehkan kilang

berjalan lancar.

UMUM 
SPRAT

Sprat adalah satu daripada ikan laut yang lebih

kecil dalam famili hering. Sprat membesar

sepanjang 20 sentimeter. Ia hidup di perairan

pantai Eropah dari Laut Baltik dan Laut Utara

hingga ke Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Ikan

ini mempunyai badan yang leper dengan tepi

bergerigi mata gergaji di sepanjang perutnya.

Sprat adalah ikan makanan yang penting. Ia

dimakan segar atau disalai. Sesetengahnya ditinkan

dalam minyak sebagai sardin kecil. Yang lain

diproses untuk dijadikan minyak ikan dan mil ikan.

Pengelasan saintifik. Sprat tergolong dalam famili

hering, Clupeidae. Sprat Eropah ialah Sprattus sprattus.

UMUM 

Kembali ke atas