Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.ga.si] | ݢرݢاسي

Definisi : 1. sj makhluk besar yg suka makan orang, raksasa bersiung, bota; 2. ki seseorang atau sesuatu (spt jentera, alat, dll) yg sangat besar, atau yg mempunyai kebolehan (kemampuan) yg luar biasa: kebolehan komputer dilihat sbg ~ mesin kira yg cepat; saksikanlah ~ bola sepak beraksi dlm kejohanan ini; 3. ki kuasa besar dlm sesuatu lapangan atau bidang: ada kalangan yg masih merendah-rendahkan kemampuan Jepun menjadi ~ ekonomi; menggergasi menjadi besar spt gergasi: harapannya menggunung dan impiannya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.ga.si] | ݢرݢاسي

Definisi : 1 sebangsa makhluk spt manusia yg sangat besar dan dipercayai memakan orang. 2 ki manusia, binatang dll yg sangat besar atau lebih besar drpd biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gergasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang sesuai untuk gergasi. Gergasi digambarkan sebagai rupa manusia yang bersaiz besar. Adakah 'orang' atau 'ekor' yang lebih sesuai? Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan gergasi ialah sebangsa makhluk seperti manusia yang sangat besar dan dipercayai memakan orang dan gergasi juga dikiaskan kepada manusia, binatang dan lain-lain yang sangat besar. Penjodoh bilangan menjadi penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya dan tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Jika disandarkan kepada manusia penjodoh bilangan yang sesuai ialah seorang, walau bagaimanapun penjodoh bilangan tersebut boleh berubah jika gergasi dikiaskan kepada benda-benda yang lain.Tatabahasa01.07.2013
Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan bagi 'gergasi' yang berbentuk seperti manusia. Adakah kita menggunakan seorang gergasi atau seekor gergasi? Mohon pencerahan dibalas pada hari ini. Sekian, Terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan gergasi ialah sebangsa makhluk seperti manusia yang sangat besar dan dipercayai memakan orang dan gergasi juga dikiaskan kepada manusia, binatang dan lain-lain yang sangat besar. Penjodoh bilangan menjadi penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya dan tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Jika disandarkan kepada manusia penjodoh bilangan yang sesuai ialah seorang, walau bagaimanapun penjodoh bilangan tersebut boleh berubah jika gergasi dikiaskan kepada benda-benda yang lain.




 

Tatabahasa02.04.2013
Gabungkan ayat tunggal. a.Mizi menyertai acara meniup belon. b.Mizi menyertai acara terompah gergasi.(dan) Jwp .Mizi menyertai acara meniup belon dan (acara) terompah gergasi.@ Mizi menyertai acara meniup belon dan terompah gergasi. JAWAPAN YANG MANA SATU BETUL?Jawapan yang betul ialah "Mizi menyertai acara meniup belon dan terompah gergasi".Tatabahasa12.08.2014
Salam sejahtera. 1. Adakah ejaan "berambus" sudah tidak boleh digunakan dan perlu digantikan dengan "berhambus"? -------- 2. Frasa manakah yang betul? "Sasa, si gergasi" atau "Sasa si gergasi"? Terima kasih.
1. Penggunaan yang betul ialah berambus dan boleh digunakan.
2. Penggunaan yang betul ialah Sasa, si gergasi
Tatabahasa02.12.2020
Beberapa hari selepas pengumuman yang telah dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna pra bayar akhirnya mereka akur.Beberapa hari selepas pengumuman yang dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna prabayar, akhirnya mereka akur. - ayat ini tidak lengkap dan tidak dapat difahami, contohnya frasa "akhirnya mereka akur" akur dengan apa?Tatabahasa15.09.2011
Ratusan tahun dahulu dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKAyat tersebut adalah betul dan perlu ditambah tanda koma selepas perkataan "dahulu". Ratusan tahun dahulu, dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan.Tatabahasa08.04.2012
Memohon nasihat berkaitan kosa kata /perkataan untuk menunjukkan kewibawaaan sesebuah organisasiGergasi antaranya bermaksud  kuasa besar dalam sesuatu lapangan contohnya ekonomi. Untuk melihat perkataan yang lain sila rujuk kamus.Lain-lain04.10.2012
Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak (untuk )negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. Penggunaan kata sendi nama ‘untuk’ di sini salah atau betul?Kalau betul mengapa?Penggunaan kata sendi nama "untuk" betul dalam konteks ini kerana menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.Tatabahasa14.01.2021
Apakah nama syarikat?Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna syarikat, berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, syarikat ialah 

1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi-nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan;

Lain-lain14.10.2009
Tuan, Apakah terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "immerse" (istilah landskap) dalam petikan ini: MENAIK TARAF LANDSKAP KONSEP ‘IMMERSED’ BAGI EKSIBIT ZOO NEGARA UPGRADING LANDSCAPE WORKS IMMERSED CONCEPT ON NATIONAL ZOO EXHIBIT FRIM telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) untuk melaksanakan projek menaik taraf landskap Zoo Negara yang menampilkan konsep “immersed” untuk pameran haiwan. Projek ini telah disempurnakan pada 2019 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Konsep ‘immersed’ ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih semula jadi, berbanding dengan bangunan buatan dan kandang, yang mana haiwan itu ditempatkan dan dijaga. Sebelum ini, pemisahan pelawat dan haiwan yang dipamerkan adalah terlalu fizikal dan tegar, iaitu, dalam bentuk pagar logam dan sangkar yang sering menyekat pandangan. Dengan konsep pameran ‘immersed’ ini, kewujudan pemisah di antara pelawat dan haiwan menjadi kurang ketara dengan penggunaan dinding kaca dan sempadan semula jadi seperti tali air dan tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan dalam reka bentuk landskap. Projek ini melibatkan kawasan-kawasan pameran untuk tapir, harimau, seladang dan rusa serta kawasan persekitaran Kompleks Pemuliharaan Panda Gergasi dan ruang terbuka yang lain di kawasan zoo berkenaan. Sekian, terima kasih.Perkataan "immersed" dalam konteks ayat di atas dapat dipadankan sebagai terperinci. Walau bagaimanapun, kami tidak menyemak ayat tersebut secara keseluruhan.Lain-lain11.03.2020
12

Kembali ke atas