Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana kena bayang-bayang bumi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gerhana yg terjadi kerana bulan dilindungi bayang-bayang bumi (apabila bumi berada di antara matahari dgn bulan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerhana bulan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GERHANA BULAN

Gerhana bulan, fenomena yang berlaku apabila bulan memasuki bayang bumi pada fasa bulan penuh.

FIZIKPeristiwa
MANIK BAILY

Manik Baily ialah titik cahaya yang sangat terang

yang dilihat sejurus selepas matahari lenyap di

belakang bulan atau muncul semula dari sebalik

bulan semasa gerhana matahari penuh (lihat

Gerhana).

UMUM 
GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari, fenomena yang berlaku apabila anak bulan berada di antara bumi dengan matahari dan bayangnya sampai ke bumi.

FIZIKPeristiwa
SATELIT

Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang

beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan

satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang

mengelilingi bumi dalam perjalanannya

mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad

yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang-

bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya

gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang

yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang

berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh

planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit.

Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit;

Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan

2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan

Zuhal dengan 18.

Lihat rencana planet yang berasingan, seperti

Musytari .

UMUM 
KORONA

Korona ialah lapisan pada atmosfera matahari

yang paling luar. Lapisan ini hanya dapat dilihat

dengan mata kasar apabila berlaku gerhana

matahari penuh, ketika bahagian lain matahari

dilindungi oleh bulan. Pada waktu sedemikian,

korona muncul sebagai halo cahaya yang tidak

mempunyai bentuk yang tetap (lihat Matahari).

UMUM 

Kembali ke atas