Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : matahari gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana bulan berada di antara bumi dan matahari); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gerhana yg terjadi kerana matahari dilindungi bulan (ketika bulan berada di antara bumi dgn matahari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari, fenomena yang berlaku apabila anak bulan berada di antara bumi dengan matahari dan bayangnya sampai ke bumi.

FIZIKPeristiwa
MANIK BAILY

Manik Baily ialah titik cahaya yang sangat terang

yang dilihat sejurus selepas matahari lenyap di

belakang bulan atau muncul semula dari sebalik

bulan semasa gerhana matahari penuh (lihat

Gerhana).

UMUM 
KORONA

Korona ialah lapisan pada atmosfera matahari

yang paling luar. Lapisan ini hanya dapat dilihat

dengan mata kasar apabila berlaku gerhana

matahari penuh, ketika bahagian lain matahari

dilindungi oleh bulan. Pada waktu sedemikian,

korona muncul sebagai halo cahaya yang tidak

mempunyai bentuk yang tetap (lihat Matahari).

UMUM 
ARYABHATTA

Aryabhatta (476–? M.) ialah ahli astronomi, ahli

matematik, dan penyair India. Dia mungkin lahir

dekat Patna, yang kini adalah negeri Bihar di India.

Dia menyatakan bahawa bumi berbentuk sfera, dan

mengatakan bahawa bumi berputar pada paksinya

dan bergerak mengelilingi matahari. Dalam

matematik, Aryabhatta tahu bagaimana mencari

punca kuasa tiga dan mengira nilai p sebagai 3.1416.

Dia juga memajukan teori tentang bagaimana

gerhana terjadi (lihat Gerhana ). Satelit pertama

India, yang dilancarkan pada tahun 1975, dinamakan

sempena namanya.

UMUM 
SATELIT

Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang

beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan

satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang

mengelilingi bumi dalam perjalanannya

mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad

yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang-

bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya

gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang

yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang

berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh

planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit.

Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit;

Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan

2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan

Zuhal dengan 18.

Lihat rencana planet yang berasingan, seperti

Musytari .

UMUM 

Kembali ke atas