Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ri.gi] | ݢري-ݢ--ي

Definisi : gigi-gigi tajam pd permukaan atau tepi sesuatu, gerigis; bergerigi mempunyai gerigi, banyak geriginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ri.gi] | ݢري-ݢ--ي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Connaropsis sericea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ri.gi] | ݢري-ݢ--ي

Definisi : gigi-gigi tajam pd bahagian tepi sesuatu; gerigis. bergerigi bergigi-gigi tajam pd bahagian tepinya; bergerigis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerigi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah DBP mempunyai terjemahan untuk 'pitch' yang khusus untuk erti 'jarak antara bebenang skru atau gerigi gear'?Kami mencadangkan "pitch" diterjemahkan sebagai "pic". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
selain daripada imbuhan sisipan -el-, -er- dan -em-, apa lagi yang wujud beserta contoh perkataannya?Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat tiga bentuk sisipan kata nama (KN), iaitu  -em-, -el-, -er-, dan empat bentuk sisipan kata adjektif (KAdj), iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-.

Contoh:
1. Sisipan -em-:  KN kuning - kemuning, KAdj serbak - semerbak
2. Sisipan -el-: KN tapak - telapak, KAdj geman - geleman
3. Sisipan -er-: KN gigi - gerigi, KAdj godak - gerodak
4. Sisipan -in-: Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sambung - sinambung.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 131 dan 237 untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa26.07.2021

Kembali ke atas