Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.rom.bo.lan] | ݢرومبولن

Definisi : 1. kumpulan, kelompok; 2. kumpulan orang jahat (perusuh dll): polis melepaskan tembakan supaya ~ itu bersurai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.rom.bo.lan] | ݢرومبولن

Definisi : beberapa orang yg berkumpul menjadi satu; kelompok; pasukan: ~ pengganas itu telah merampas binatang ternakan dan barang-barang makanan drpd penduduk kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerombolan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Dia salah seorang anak buah dalam gerombolan samseng itu. 2.Dia salah seoarang anak emas dalam gerombolan samseng itu. Soalan saya: Adakah penggunaan simpulan bahasa dalam ayat 1 dan 2 betul . Harap dapat beri ulasan

Simpulan bahasa 'anak buah' bermaksud orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga dan 'anak emas' bermaksud orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa). Berdasarkan huraian makna yang tersebut penggunaan simpulan bahasa dalam ayat kedua adalah lebih tepat.

Tatabahasa23.03.2011
Apakah perbezaan sahabat dan kawan?Maksud "sahabat" ialah "orang yang dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dengannya." manakala "kawan" ialah "kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dan lain-lain), sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari) atau rakan. Maka sahabat dan kawan ialah sinonim.

Makna02.01.2023

Kembali ke atas