cloud bank | gerombongan awan | Sains | Hidrometeorologi | Awan atau sistem awan yang selanjar atau hampir selanjar bagi suatu genus pada aras yang sama. Awan ini umumnya hanya meliputi sebahagian kecil langit dengan dimensi mendatar yang luas. |
cloud bank | gerombongan awan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Awan atau sistem awan yang selanjar atau hampir selanjar bagi suatu genus pada aras yang sama. Awan ini umumnya hanya meliputi sebahagian kecil langit dengan dimensi mendatar yang luas. |
fog patches | tompok kabut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Gerombongan kabut yang tersebar secara tidak teratur. |
cloud bar | benting awan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Gerombongan awan tebal yang muncul di ufuk semasa kedatangan siklon tropika yang kencang. Istilah ini juga digunakan untuk sebarang jaluran awan yang panjang, kecil, serta bersambungan. |
species of cloud | spesies awan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Subbahagian genus awan yang mengambil kira satu ciri yang berikut atau lebih; i. bentuknya (gerombongan, tudungan, lembaran, dan lapisan), ii. ukurannya (luas unsur yang terkandung, keluasan unjuran menegak, dsb.) iii. struktur dalamannya (awan yang terbentuk oleh hablur, ais titis air, dsb.) iv. proses fizikal yang diketahui atau yang diandaikan yang boleh menyebabkan pembentukan awan (awan yang disebabkan oleh fenomena orografi, dsb.) Berikut merupakan spesies awan dengan singkatan masing-masing: fibratus fib flokus flo fraktus fra humilis hum kalvus cal kapilatus cap kastelanus cas kongestus con lentikularis len mediokris med nebulosus neb spisatus spi stratiformis str uncinus unc |