Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.sé.ran] | ݢيسيرن

Definisi : 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.sé.ran] | ݢيسيرن

Definisi : sentuhan akibat bergeser; hasil perbuatan menggeser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geseran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frictional workkerja geseranMekanikGunaanKerja yang dilakukan oleh daya geseran. Kerja geseran sentiasa negatif kerana daya geseran bertindak berlawanan dengan arah gerakan, oleh itu, sesaran yang alami sentiasa berlawanan dengan hala tindakannya. Kerja gerasan menyebabkan kehilangan tenaga, biasanya melalui penghasilan haba. pengabdaian tenaga tidak berlaku pada sistem apabila kerja geseran dilakukan.
kinetic frictiongeseran kinetikMekanikGunaanGeseran yang wujud pada dua permukaan yang mengalami gerakan nisbi di antara satu dengan yang lain. Daya geseran kinetik lebih rendah nilainya daripada nilai maksimum daya geseran statik. Lihat juga geseran statik.
angle of internal frictionsudut geseran dalamKejuruteraanKejuruteraan BangunanSudut geseran untuk tanah berbutir dan ditakrifkan juga sebagai: rintangan ricih = daya normal pada permukaan gelangsar x tan � dimana � ialah = sudut geseran Sudut geseran digunakan dalam membuat rekabentuk struktur asas, misalnya tembok pecahan.
coefficient of frictionpekali geseranMekanikGunaanPekali bagi geseran di antara dua permukaan yang bersentuhan. Pekali ini merupakan pemalar perkadaran di antara daya geseran maksimum yang mampu diwujudkan oleh permukaan-permukaan yang berkenaan dengan daya tindak balas snormal yang wujud dalam keadaan itu. pekali geseran adalah malar untuk dua permukaan tertentu, bebas daripada jisim jasad yang terlibat dan juga bebas daripada luas kawasan sentuh. Ia bersandar pada keadaan kemasan permukaan, bahan-bahan yang bersentuhan dan keadaan yang wujud di antara dua permukaan sentuh itu (misalnya, nilai pekali geseran menurun jika pelincir diletakkan di antara permukaan sentuh). Dalam keadaan gerakan, pekali ini bersandar juga pada halaju nisbi yang terlibat. Simbol yang kerap digunakan untuk pekali geseran ialah m. Pekali geseran merupakan nisbah dua daya; oleh itu ia tidak mempunyai sebarang unit ukuran. Lihat juga pekali geseran kinetik, pekali geseran statik.
wall frictiongeseran tembok; geseran dindingKejuruteraanTiadaTiada
friction weldingkimpalan geseran; pengimpalan geseranFizikTiadaTiada
friction weldingkimpalan geseran; pengimpalan geseranKejuruteraanTiadaTiada
friction belttali sawat geseran/sabuk geseranKejuruteraanTiadaTiada
dry frictiongeseran keringMekanikGunaanGeseran yang berlaku di antara dua permukaan pepejal yang bersentuhan dalam keadaan tak berpelincir. Daya geseran wujud pada arah tangen dengan permukaan sentuh yang berkenaan dalam tempoh menuju kepada keadaan gelangsaran jangkaan dan juga setelah berlakunya gelangsaran. Daya geseran bertindak pada hala yeng merintangi kecenderungan gelangsaran. (Prinsip geseran kering kebanyakkan didasarkan pada eksperimen yang dijalankan oleh Coumlomb pada tahun 1781 dan pada penyelidikan Morin dari tahun 1831 hingga ke tahun 1834.) Geseran kering juga dinamai geseran Coulomb.
limiting frictiongeseran hadMekanikGunaanDaya geseran maksimum yang mampu diwujudkan oleh geseran statik di antara dua permukaan tertentu. Apabila jumlah daya kenaan mengatasi geseran had ini, gerakan nisbi akan berlaku.
12345678910...

Kembali ke atas