Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata getah paip


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
synthetic rubbergetah sintetikKimiaTiadaGetah buatan yang mempunyai ciri yang memyerupai ciri getah asli, seperti kekenyalan dan keupayaan untuk tervulkan. Getah sintetik lazimnya dihasilkan daripada pempolimeran atau pengkopolimeran sebatian terbitan petroleum. Misalnya, getah etilenapropilenadiena (EPDM) dan getah butil. getah sintetik digunakan untuk membuat paip wap, paip minyak, dan tayar. Sin getah tiruan.
rubber-based industriesindustri berasaskan getahEkonomiTiadaIndustri pengeluaran barang-barang yang banyak menggunakan getah sebagai inputnya, seperti tayar, tiub dan paip getah.
thread protectorpelindung ulirKejuruteraanPetroleumPeranti logam, plastik atau getah yang diskrukan pada ulir di hujung paip seperti tetiub, paip gerudi dan paip aliran, bagi melindungi ulir tersebut daripada rosak bila paip berkenaan tidak digunakan, terutama semasa pengangkutan dan penyimpanan dilakukan.
stripper rubbergetah pelucutKejuruteraanPetroleum1. Cakera getah yang dipasang di kepala tetiub bagi membuang lumpur di sekeliling paip gerudi atau tetiub semasa paip gerudi atau tetiub ditarik keluar dari dalam lubang telaga. 2. Sejenis penggantung tetiub yang umumnya digunakan pada telaga bertekanan rendah. 3. Unsur pengedapan tekanan pelucut pencegah semburan keluar.
batching spheresfera kelompokKejuruteraanTiadaBebola getah di dalam talian paip yang memisahkan kelompok serta mencegah percampuran.
batching spheresfera pengelompokanKejuruteraanPetroleumBola getah yang besar yang ditempatkan di dalam talian paip bagi memisahkan atau mengasingkan bendalir yang mengalir di dalam talian paip berkenaan daripada bahan-bahan lain atau memisahkannya kepada jenis-jenisnya. Contohnya, minyak mentah berat akan terpisah daripada minyak mentah ringan yang mengalir bersama-sama di dalam satu talian paip.
exhaust pipepaip ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinaip yang menghubungkan pancarongga ekzos dengan komponen lain dalam sistem ekzos seperti peredam bunyi dan penukar bermangkin secara berturutan. Paip ekzos digantung di bawah lantai kenderaan dengan menggunakan kapit dan gegelang getah.
pipepaipKejuruteraanKejuruteraan MekanikSalur tertutup, tiub atau rod berlubang yang panjang diperbuat daripada kayu, plastik, getah, logam atau konkrit yang digunakan untuk mengalirkan bahan kerja.
blast jointsambungan semburKejuruteraanPetroleumSinonim : puting sembur Peranti yang berfungsi menahan tindakan penggerukan dan penghakisan oleh bendalir formasi. Peranti ini berupa paip yang disambungkan pada rentetan tetiub dan ditempatkan tepat di hadapan selang penebukan di dalam pelengkapan berganda. Paip ini dibuat daripada bahan yang tahan lasak dan tahan panas, serta diperkeras atau dilapisi dengan bahan bingkas seperti getah. Tersedia dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu 10, 20 dan 30 kaki.
vibration isolatorpemisah getaranKejuruteraanKejuruteraan MekanikKomponen yang digunakan untuk memisah atau menghindar pemindahan getaran daripada perkakas mesin ke bahagian lain, sama ada pada perkakas lain mesin atau struktur. Komponen ini diperbuat daripada logam seperti pegas dan bahan bukan logam seperti getah dan polimer bagi menyerap sebahagian besar getaran yang terhasil. Contohnya, penyambung boleh lentur pada paip masuk dan keluar pam, dan pegas pada tapak mesin.

Kembali ke atas