Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[giam] | ݢيام

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg keras kayunya), cengal tenggelam, merepak, Hopea nutans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
giamgiamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Hopea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah dan Sarawak ialah selangan batu, dan terdapat lebih daripada sembilan spesies utama. Antaranya ialah Hopeaferrea, H. helferi, H. nutans, H. pierrei dan H. semicuneata. Gubal kayu giam amat sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning dengan sedikit kehijauan apabila segar, dan menjadi coklat merah apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sederhana halus, dengan ira yang sangat bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 865 hingga 1220 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat.Kayu giam agak sukar dikerjakn dan diawet, lambat mengering, mudah retak, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sangat baik. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan berat seperti jambatan, tiang, badan lori, dan kayu landasan kereta api.
cengalcengalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Neobalanocarpushemii daripada famili Dipterocarpaceae. Nama lain di semenanjung ialah penak, dan sering disalah anggap sebagai kayu daripada jenis lain, seperti balau, merawan, dan giam. Gubal kayu cengal berwarna kuning muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat yang lebih tua apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 9805 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu cengal mudah diproses dan dikemas siap. Kayu cengal amat tahan dan tidak perlu diawet. Kayu ini maat sesuai untuk semua bentuk binaan berat, alas landasan kereta api, jambatan, dermaga, tiang eletrik, dan perabot kegunaan lasak.
DipterocarpaceaeDipterocarpaceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isipadu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa; contoh kayu sederhana ialah alan batu, kapur, dan keruing; dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, giam, dan penyau.

Kembali ke atas