Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir; ~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut; ~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta; bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang; pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : ; ~ buntal a) sj tumbuhan (pokok), gerisik hitam, Xerospermum intermedium; b) sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1 benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2 bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1: ~ sikat; ~ gergaji. 3 ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak, yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigi

Puisi
 

Tidak tahan gigi ngilu,
     Makan pauh sisa tupai;
Tidak tahan hati rindu,
     Jalan jauh rasa tak sampai.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dentaladj 1. (of, rel to teeth) gigi: ~ caries, karies gigi; 2. (of, rel to dentistry) pergigian, gigi, dental; 3. (phonetics) gigi, dental: ~ sound, bunyi gigi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stump the dentist extracted the ~ of the broken tooth, doktor gigi mencabut tunggul gigi yg patah itu; the dog’s tail is only a ~, ekor anjing itu kudung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tooth2. st resembling a tooth, gigi: the teeth of a saw, gigi gergaji; the teeth of a comb, gigi sikat; 3. (colloq), (in pl) authority, effective force, kuasa: if the Board is to be effective it must be given more teeth, sekiranya hendak dijadikan lebih berkesan, Lembaga mesti diberi kuasa yg lebih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pull 2. also ~ out , extract by pulling, mencabut: my dentist ~ed the tooth out, doktor gigi saya mencabut gigi itu; he ~ed a card out of the file, dia mencabut kad dr fail; 3. strike to the left, (of right-handed player) memukul [sst] ke kiri: he ~ed his drive into the rough, dia memukul bola ke kiri sehingga masuk ke kawasan rumput tebal; 4. (curtains) draw across, menarik: ~ the curtains and come and sit beside me, tarik langsir itu dan mari duduk di sebelah saya; 5. attract, menarik: this show should ~ a good crowd, pertunjukanKamus Inggeris-Melayu Dewan
toothachen sakit gigi; have ~, sakit gigi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prongngigi: ~s of the pitchfork, gigi serampang peladang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
toothcut a ~, tumbuh gigi: the baby has just cut her first ~, bayi itu baru saja tumbuh gigi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
teethevi tumbuh gigi: the baby is going through a painful stage of teething, bayi itu sedang menghadapi peringkat tumbuh gigi yg sungguh menyakitkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hair-linen edge of hair’s growth on forehead, /garis, gigi/ rambut: a receding ~, gigi rambut yg semakin jauh ke belakang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
edgeset o’s teeth on ~, mengilukan gigi sso, menyebabkan sso /berasa ngilu, kengiluan/: the sound of bagpipes always sets my teeth on ~, bunyi begpaip selalu mengilukan gigi saya; set so’s nerves on ~, menjengkelkan sso: children always set his nerves on ~, kanak-kanak selalu menjengkelkannya; take the ~ off, a. (enthusiasm etc) mengurangkan, meredakan; b. (appetite) mengurangkan; c. (argument) menumpulkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas