Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir; ~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut; ~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta; bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang; pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : ; ~ buntal a) sj tumbuhan (pokok), gerisik hitam, Xerospermum intermedium; b) sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1 benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2 bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1: ~ sikat; ~ gergaji. 3 ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak, yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigi

Puisi
 

Tidak tahan gigi ngilu,
     Makan pauh sisa tupai;
Tidak tahan hati rindu,
     Jalan jauh rasa tak sampai.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1) Adakah gigi sudah menunjukkan jamak? Atau perlu dijamakkan gigi-gigi? 2) Adakah istilah bahasa Melayu yg tepat bagi 'morning call'? Jika tiada, apakah istilah bahasa Melayu yg paling hampir untuk digunakan? Terima kasih.

1. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gigi bermaksud struktur keras yang menyerupai tulang, yang tumbuh pada gusi (gunanya untuk menggigit, mengunyah, dll). Berdasarkan pengertian yang diberikan, gigi sudah menandakan maksud jamak dan tidak perlu diulang.

2. Istilah bahasa Melayu untuk morning call ialah panggilan kejut.

Istilah21.07.2011
Kita perlu memilih berus gigi dan pes gigi yang sesuai. Adakah toothpaste boleh diterjemahkan kepada pes gigi ? Terima kasih.Pes gigi tidak boleh digunakan untuk "toothpaste". Padanan bahasa Melayu yang betul ialah ubat gigi.Istilah23.03.2016
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Setiap pagi Rizal menggosok gigi. Rizal menggosok gigi setiap pagi. Terima kasihAyat yang betul adalah seperti yang berikut:
(1) Pada setiap pagi Rizal menggosok gigi. (2) Rizal menggosok gigi pada setiap pagi.
Tatabahasa25.03.2014
Yang mana lebih tepat, memberus gigi atau menggosok gigiPenggunaan yang lebih tepat ialah menggosok gigi.Lain-lain08.02.2021
Tuan , Apakah penjodoh bilangan untuk satu gigi ?Penjodoh bilangan bagi satu gigi ialah sebatang gigi.Tatabahasa12.12.2013
Salam. 1. Adik bangun lalu memberus gigi di bilik air. 2. Adik bangun pagi lalu memberus gigi di bilik air. 3. Adik bangun awal lalu memberus gigi di bilik air. 4. Adik bangun daripada tidur lalu memberus gigi di bilik air. Manakah ayat yang betul? Terima kasih.Semua ayat tersebut betul. Terima kasih.Lain-lain14.10.2020
Dikatakan betul, Klinik Pergigian Dr. Ali dan salah bagi Klinik Gigi Dr. Ali. Bagaimanakah dengan Klinik Mata Dr. Ali dan Klinik Telinga Dr. Ali?Frasa yang paling tepat ialah Klinik Pergigian bagi merujuk hal yang berkaitan dengan gigi dan bukannya gigi semata-mata. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah dental clinic dan tidak ada teeth clinic. Hal ini mungkin tidak sama bagi Klinik Mata dan Klinik Telinga.Tatabahasa18.12.2013
selamat sejahtera encik/puan. 1. Sin Ling menggosok gigi setiap pagi dan malam. 2. Sin Ling menggosok gigi setiap pagi dan setiap malam. Ayat mana yang betul? Adakah perlu setiap diulang? terima kasih.Ayat yang betul ialah  "Sin Ling menggosok gigi setiap pagi dan malam". Tatabahasa25.11.2022
apakah penjodoh bilangan untuk ubat gigi yang telah dikeluarkan dari kotak tapi masih berada di dalam bekasnya? contoh ayat: 1. sebatang ubat gigi. (adakah penjodoh bilangan ini betul)Untuk makluman, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan, antaranya ubat gigi.Lain-lain11.09.2017
Adakah perkataan "mengisar gigi" bersesuaian dengan perkataan "teeth grinding"Hasil carian dalam data PRPM kami, istilah yang wujud dalam bidang biologi dan perikanan ialah grinding teeth yang bermaksud gigi kisar manakala dalam bidang veterinar pula ialah teeth grinding yang bermaksud pengertakan gigi.Makna25.10.2018
1234567

Kembali ke atas