Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.lang.ge.mi.lang] | ݢيلڠ

Definisi : 1 bercahaya terang; terang sungguh; terang benderang: Matahari telah menyinarkan cahaya yg ~, menerangi seluruh alam. 2 baik sekali; sangat elok: Pasukan Leftenan Muda Adnan telah mencapai kejayaan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gilang-gemilang

Puisi
 

Tinggi bukit gilang-gemilang,
     Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit manakan hilang,
     Itu nama kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersemarak1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
semarak I1. seri, cahaya; 2. ki kebanggaan, keelokan, kemegahan, kemuliaan: menjadi ~ bangsa dan negara; bersemarak 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; menyemarakkan 1. menjadikan berse­marak, menggembirakan, menyerikan: kalau ada pe-rayaan, Ramli pun dipanggil utk ~ perayaan tersebut; 2. membangkitkan semangat: bayang-an cita-cita yg indah akan ~ semangat; kesemarakan keadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran utk diluahkan; penyemarakan perihal (proses dll) menye-marakkan; penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: kemenangan ini merupakan ~ semangat yg sangat dicari-cari.Kamus Dewan Edisi Keempat
gilang-gemilang1 bercahaya terang; terang sungguh; terang benderang: Matahari telah menyinarkan cahaya yg ~, menerangi seluruh alam. 2 baik sekali; sangat elok: Pasukan Leftenan Muda Adnan telah mencapai kejayaan yg ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gilang; gilang-gemilang 1 bercahaya terang; terang sungguh; terang benderang: Matahari telah menyinarkan cahaya yg ~, menerangi seluruh alam. 2 baik sekali; sangat elok: Pasukan Leftenan Muda Adnan telah mencapai kejayaan yg ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergelang-gelanggilang-gemilang.Kamus Dewan Edisi Keempat
sinar-seminarmengeluarkan cahaya yg gilang-gemilang, memancar-mancar;Kamus Dewan Edisi Keempat
cemerlang1 bercahaya dgn terang; berkilauan; gilang-gemilang. 2 ki sangat indah (elok): Jangan terlalu mengharapkan janji-janji yg ~. 3 sangat baik (ttg kejayaan, keputusan peperiksaan dsb): Ali mendapat kejayaan yg ~ dlm pepe­riksaan yg lalu. kecemerlangan hal atau keadaan cemerlang; kegemilangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gelang II(gélang) Mn; bergelang-gelang gilang-gemilang.Kamus Dewan Edisi Keempat
cemerlang1. bersinar (bercahaya) dgn terang, berkilauan, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ pd malam itu; 2. ki indah (elok) sekali: jangan lekas percaya pd janji-janji yg ~ dan kata-kata yg bergula; 3. ki (bkn kejayaan, keputusan peperiksaan, dsb) sangat baik: kejayaan ~; mencemerlangkan menjadikan sesuatu cemerlang, menggemilangkan: cita-citanya utk ~ seni budaya tempatan akan menjadi kenyataan; kecemerlangan ki keelokan, keindahan, kegemilangan: nyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
bercahayamemancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas