Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gin.jal] | ݢينجل

Definisi : buah pinggang, kerinjal; anak ~ bahagian buah pinggang yg di sebelah atas; penyakit batu ~ penyakit karang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gin.jal] | ݢينجل

Definisi : sepasang organ (berbentuk spt bentuk biji kacang) dlm perut yg mengasingkan air drpd darah; buah pinggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ginjal


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ginjalkidneySepasang organ perkumuhan yang terletak dalam rongga abdomen vertebrat. Organ ini berfungsi mengawal tekanan osmosis darah melalui penyingkiran bahan kumuh dalam bentuk air kencing.Menengah Rendah
ginjalkidneyOrgan perkumuhan yang terletak di bahagian abdomen vertebrata. Ginjal terdiri daripada bahagian luar, iaitu korteks, dan bahagian dalam, iaitu medula. Ia berfungsi menuras darah, mengumuh hasil akhir metabolisme dalam bentuk air kencing, dan mengawal tekanan osmosis darah.Menengah Atas
urinurineCecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul dalam pundi kencing yang dikenali juga sebagai air kencing.Menengah Atas
air kencingurineCecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul di dalam pundi kencing. Cecair ini mengandungi air yang berlebihan, garam dan bahan buangan bernitrogen seperti urea.Menengah Rendah
air kencingurineCecair yang dikumuhkan oleh ginjal. Air kencing disimpan di dalam pundi kencing.Sekolah Rendah
ureterureterSalur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing.Menengah Rendah
ureterureterSalur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. Lihat RajahMenengah Atas
medulamedullaBahagian tengah sesuatu organ atau tisu seperti pada ginjal dan sumsum tulang. Pada tumbuhan, medula merupakan bahagian tengah atau empulur batang. Lihat RajahMenengah Rendah
kelenjar adrenaladrenal glandKelenjar endokrin yang terdapat di bahagian atas permukaan ginjal yang merembeskan hormon adrenalina.Menengah Atas
gelung Henleloop of HenleBahagian tubul yang menurun ke dalam medula ginjal, dan dikelilingi oleh jalinan kapilari pada nefron. Lingkaran ini terlibat dalam proses penyerapan semula air dan garam mineral dari tubul ke dalam darah. Lihat RajahMenengah Atas
12

Kembali ke atas