Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.rang] | ݢيرڠ

Definisi : riang hati, suka hati, (sangat) gembira: hati orang tua itu telah mulai ~ sedikit; aku terlalu ~; bergirang hati beriang hati, bersuka hati, (sangat) bergembira; menggirangkan membangkitkan (menimbulkan) rasa girang, meriangkan (menggembirakan) hati: dia bercerita sambil berjenaka utk ~ hati anaknya; kegirangan 1. keriangan, kesukaan, kegembiraan: entah mengapa hatinya malam itu penuh ~; 2. = kegirang-girangan terlalu amat girang: ia melompat ~; penggirang selalu girang (tabiat); gemirang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.rang] | ݢيرڠ

Definisi : , = ~ hati sangat gembira atau suka hati: Mereka ~ kerana padi menjadi tahun ini. bergirang, = ~ hati berasa gembira atau suka hati; bersuka hati; bergembira. menggirangkan menimbulkan rasa girang; menyukakan hati; menggembirakan. kegirangan 1 keadaan girang; kesukaan hati; kegembiraan: ~nya itu hanya utk beberapa hari saja. 2 tersangat girang: Busu ketawa ~. penggirang selalu girang (ttg perangai, tabiat dll); tidak pernah berasa sedih: Udi ialah gadis yg ayu dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata girang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elationrasa girangPendidikanTiadaTiada
elationrasa girangPerubatanTiadaPerasaan keriangan yang amat sangat.
elationrasa girangPsikologiTiadaTiada
estrangementpenganehanKesusasteraanTiadaStrategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut.

Kembali ke atas