Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj gitar yg dilengkapi peranti elektrik utk memperkuat dan mengubah suai bunyinya, biasanya digunakan utk muzik pop; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gitar elektrik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electric guitargitar elektrikKesenianTiadaGitar yang bunyinya diubah suai secara elektronik.
rockrockMuzikTiada

 Muzik popular yang diiringi alat muzik seperti dram, papan nada dan gitar elektrik, iaitu gitar yang memainkan melodi, rentak dan bes. Muzik rock bermeter 4/4, terdiri daripada 32 bar dalam bentuk ABA atau variasi lain. Muzik ini memberi penekanan pada bit dua dan empat.

rock punkrock punkMuzikTiada

 Muzik rock yang wujud di Liverpool, England pada tahun 1960-an hingga tahun 1970-an. Lirik lagunya tentang kemerosotan ekonomi dan masalah belia terhadap masyarakat individualisme. Kumpulan rock punk merupakan satu subbudaya yang mengutamakan nilai yang dilarang oleh masyarakat dominan seperti pakaian yang luar biasa, gaya rambut yang berwarna-warni dan tercacak. Muzik punk diiringi gitar elektrik dan dram yang menghasilkan melodi dan rentak yang kuat dan disertai jeritan penyanyi. Contoh kumpulan punk ialah The Stranglers, The Clash dan The Damned.

heavy metal rockrock heavy metalMuzikTiada

 Rock yang menggabungkan alat muzik dram dan gitar bes elektrik yang dimainkan dengan kuat. Penyanyinya pula menggunakan suara vokal yang tegang. Kumpulan heavy metal dan peminatnya merupakan satu subbudaya yang menonjolkan gaya hidup, pakaian, rambut dan bahasa tersendiri. Contoh kumpulan yang memainkan muzik heavy metal di Malaysia ialah Search, Lefthanded, Bumiputra Rockers dan Wings.


Kembali ke atas