Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.zi] | ݢيزي

Definisi : (zat) makanan; ahli ~ pakar zat makanan; ilmu ~ pengetahuan bkn (zat) makanan; nilai ~ nilai makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gizi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dietgiziPerubatanTiadaLihat diet.
dietdietPerubatanTiadaJumlah dan jenis minuman dan makanan yang diambil oleh seseorang setiap hari, khususnya merujuk pada jadual pemakanan yang dirancang untuk memenuhi keperluan khusus seseorang individu. Sin: gizi
vitaminsvitaminPerubatanTiadaBahan organik yang terdapat di dalam kebanyakan makanan dengan jumlah yang sedikit dan diperlukan dengan jumlah yang sedikit juga untuk menjalankan fungsi metabolisme normal tubuh. Bahan ini ada yang larut air, iaitu vitamin B kompleks dan C, dan ada yang larut lemak, iaitu vitamin-vitamin A, D, E dan K. Kekurangan mana-mana vitamin di dalam gizi mengakibatkan penyakit tertentu, manakala pengambilan vitamin tertentu secara berlebihan, terutama yang larut lemak mengakibatkan ketoksikan.
acrodyniaakrodiniaKimiaForensik1. Penyakit yang dikenali sebagai penyakit merah jambu atau eritroedema. Penyakit ini berlaku pada bayi atau kanak-kanak pada peringkat tumbuh gigi, yang dicirikan dengan gatal-gatal, bengkak dan Kemerahan pada muka,jari tangan dan kaki, keresahan, keadaan lemah, dan neuritis. Keadaan ini di sebabkan merkuri atau garam merkuri yang ditambah dalam serbuk ubat gigi, salap, dan sebagainya. 2. Penyakit pada haiwan yang terencat dan menjadi dermatitis yang dicirikan dengan ke- merahan dan bengkak pada bahagian hujung kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku di sebabkan gizi tulen yang ditambah dengan tiamina dan riboflavin. Keadaan ini boleh diatasi dengan menambahkan ragi yang mengandungi vitamin B6 kepada bahan makanan.

Kembali ke atas