Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : daya tarikan yg menakjubkan (pd orang, tempat, pekerjaan): ~ sudah tidak bererti lagi bagi saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata glamor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memang betul perkataan "glamor" masih digunakan dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan. Guru sekolah berkata bahawa perkataan "glamor" tidak boleh digunakan dalam karangan kerana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada dam ini bermaksud perkataan tersebut telah dibubarkan. Bolehkah saya tahu bahawa adakah perkataan "glamor" boleh digunakan semasa PMR?Kata glamor terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan ini telah lazim digunakan dalam penulisan umum.Lain-lain19.02.2008
Adakah perkataan "glamor" itu kata adjektif? Terima kasih.Betul, perkataan glamor tergolong dalam kata adjektif.Tatabahasa07.06.2021
Tuan/ Puan yang dihormati, mohon berikan pandangan pada tajuk forum kami. "Dilema Wanita Bandar: Tidakkah Glamor Menyusu Susu Ibu?" Keprihatinan kami adalah pada ayat 'menyusu susu ibu'. Adakah betul penggunaan 'menyusu' itu kerana selepas disemak, perkataan menyusu itu sendiri sudah mewakili 'menyusu daripada badan'. Kami mahu 'highlight' susu badan, bukan susu tiruan/tepung. Adakah pihak tuan/ puan mempunyai cadangan lain?Menyusu bermaksud menghisap air susu daripada buah dada dan sebagainya. Ini bermakna menyusu juga boleh membawa maksud menghisap susu selain daripada buah dada seperti botol susu. Oleh itu, frasa "menyusu susu ibu" adalah betul.Tatabahasa25.06.2012

Kembali ke atas