Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[glo.ba.li.sa.si] | ݢلوباليساسي

Definisi : proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[glo.ba.li.sa.si] | ݢلوباليساسي

Definisi : fenomena yg menjadikan dunia kelihatan kecil dr segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat: Dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar. mengglobalisasikan menyebarkan atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi, kebudayaan dsb ke peringkat dunia: Matlamat mereka adalah utk ~ perniagaan agar mendapat keuntungan yg banyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata globalisasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi globalisasi

Globalisasi bermaksud proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi.

Makna06.02.2009
Kita perlu meningkatkan daya saingan rakyat kita di era globalisasi. Adakah ayat di atas betul? Kawan saya betulkannya kepada ayat di bawah: Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi. Soalan saya pula: 1) Kenapa tidak perlu menggunakan imbuhan Me- di depan tingkatkan? 2) Kenapa tidak tambahkan terbitan -an di belakang saing? Dia tidak dapat jawab soalan saya, oleh itu saya tulis di sini supaya pakar bahasa DBP dapat beri tunjuk ajar kepada saya.Terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1. Kita perlu meningkatkan daya saing rakyat kita pada era  globalisasi.

2.    2. Daya saing rakyat kita pada era globalisasi perlu kita tingkatkan (Ayat pasif)

3.    3. Perlu kita tingkatkan daya saing rakyat kita pada era globalisasi (Ayat pasif songsang)

 

Oleh itu, ayat Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi tidak gramatis untuk digunakan.

Tatabahasa08.04.2021
1. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana. Penggunaan perkataan fata morgana betul dalam konteks ayat tersebut? Yang mana betul ? 2. a. dalam era globalisasi atau b. pada era globalisasi 3. a. dalam mendepani arus globalisasi atau b. dalam menghadapi arus globalisasiSdr. Ming Hui, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. mengikut kamus dewan fata morgana ialah sesuatu yg bersifat khayalan . Jadi dalam ayat yang diberikan adalah lebih baik dijelaskan maknanya daripada membiarkan orng yang membacanya tercari-cari akan maknanya. Ayat yang diberikan ini lebih baik ditulis begini. (Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana). Kita hendaklah mengamalkan sikap suka membaca supaya masyarakat kita menjadi masyarakat yang berilmu dan  tidak selalu suka berkhayal sahaja.Makna24.02.2009
Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dikatakan mampu mempercepatkan usaha memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan keyataan ini?Soalan saudara/ saudari tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain01.08.2010
Globalisasi pada abad ke-21 jelas mendesak setiap pemimpin melakukan anjakan paradigma dalam tata cara mengurus sesebuah organisasi. Dunia pendidikan turut tidak terkecuali mengalami tempias gelombang arus globalisasi tersebut. Pada dasarnya, kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung pada kewibawaan pengurusan sekolah. Oleh itu, pengurusan sekolah abad Ke-21 memerlukan guru besar melakukan inovasi untuk memastikan kecemerlangan dan berdaya tahan. Bagi memastikan pengurusan inovasi sekolah terhasil, pengetahuan baru perlu sentiasa dicipta. Penciptaan pengetahuan baru merupakan interaksi antara pengetahuan eksplisit dan pengetahuan tasit yang dimiliki oleh guru besar. Bab ini merumuskan dapatan hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan persoalan kajian yang telah dibina. Perbincangan dapatan berkisar mengenai penggunaan pengetahuan tasit guru besar, penciptaan pengetahuan guru besar, pengurusan inovasi sekolah rendah, dan sumbangan pengetahuan tasit dan penciptaan pengetahuan terhadap pengurusan inovasi sekolah. Bab ini diakhiri dengan mengutarakan beberapa implikasi kajian bagi cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan.Sila jelaskan pertanyaan puan.Lain-lain21.12.2014
cabaran bahasa melayu dan cara-cara mempertahankan nilai ekonominya dalam era globalisasiCabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam era globalisasi amat besar. Penguasaan bahasa asing dalam teknologi maklumat amat meluas dalam penyebaran maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat perlu dipertingkatkan bagi meyaingi cabaran daripada bahasa asing. Rujuk rencana berkenaan perkara ini dalam arkib dan perpustakaan.Lain-lain12.03.2007
Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.Adakah ayat ini mempunyai kesalahan bahasa?Jika ada, mengapakah itu adalah salah.Ayat yang betul ialah “Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.” Frasa “kenderaan yang moden” kurang tepat kerana pasangan kata dalam ayat tersebut ialah kenderaan konvensional. Tatabahasa09.12.2021
Salam sejahtera! 1. Pada/Dalam era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam ayat ini, penggunaan pada/dalam yang sesuai? Bagaimana pula dengan pada/dalam zaman moden? Terima kasih!1. Pada era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan frasa sendi nama yang menunjukkan keterangan waktu.Tatabahasa17.07.2012
Mengapakah kenderaan yang moden yang salah? Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.

Ayat yang betul ialah “Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.” Frasa “kenderaan yang moden” kurang tepat kerana pasangan kata dalam ayat tersebut ialah kenderaan konvensional. 


Tatabahasa13.10.2021
Apakah maksud kata anjakan paradigma, kroni, globalisasi, dan autoriti(i) Anjakan paradigma bermaksud anjakan pemikiran seseorang atau organisasi pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran. (ii) Kroni bermaksud konco yakni rakan atau teman atau pihak yang ada pertalian dan hubungan. (iii). Globalisasi bermaksud keadaan yg menjadikan dunia mengecil dari segi hubungan manusia. (iv). Autiriti bermaksud kuasa atau hak.Makna12.10.2006
1234

Kembali ke atas